Inilah Doa TERAKHIR Arwah Haron Din Terhadap Neelofa Yang Buat Ramai SAYU !!!

Inilah Doa TERAKHIR Arwah Haron Din Terhadap Neelofa Yang Buat Ramai SAYU !!! | PEMERGIAN Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Datuk Dr. Haron Din ke rahmatullah sememangnya cukup dirasai seluruh masyarakat Malaysia termasuk selebriti tanah air. Antara yang turut terkesan adalah pengacara dan pelakon Neelofa, yang umum mengetahui hubungan keluarganya bersama ulama terkenal itu cukup akrab.

1

Menerusi status yang dimuat naik, Neelofa menzahirkan ucapan takziahnya buat keluarga allahyarham supaya tabah menghadapi kehilangan insan tersayang ini.

Menurut Neelofa, kali terakhir berjumpa arwah adalah dua hari sebelum keberangkatannya ke Tanah Suci untuk mengerjakan haji.

ARWAH DOA NEELOFA PERGI HAJI. MAKBUL.

إِنَّا لِلَّهِ وَإِنَّا إِلَيْهِ رَاجِعُون Al-Fatihah Kali terakhir bertemu arwah dan isteri, 2 hari sebelum terbang ke Mekah baru-baru ni dan lepas hari raya puasa tahun ni, this is what arwah said to Mama : “Halim tu kena pegi Haji, bawak Neelofa sekali” .. selang a few weeks, segala aturan haji dibuat dan Alhamdulillah berkat doa arwah dan semua yang lain, saya berada di sini dan dpt selesai kerjakan ibadah haji. Allahuakbar ❤

Semoga Roh arwah dicucuri Rahmat & ditempatkn bersama para solihin. Diampunkan seluruh dosa2 & di Redhai Allah swt. Ameen Allahumma Ameen. Ucapan setinggi tinggi takziah buat seluruh ahli keluarga Tuan Guru Dato Ustaz Harun Din Al Hafiz semoga tabah hadapi saat kesedihan ini.kami turut terasa kehilangan Ulamak Besar kita. A photo posted by Noor Neelofa Mohd Noor (@neelofa) on Sep 15, 2016 at 7:45pm PDT

Dalam pada itu, Neelofa turut bercerita bahawa allahyarham merupakan individu yang menasihati keluarga termasuk dirinya untuk pergi mengerjakan haji.

“Al-Fatihah. Kali terakhir bertemu arwah dan isteri, dua hari sebelum terbang ke Makkah baru-baru ni dan lepas hari raya puasa tahun ni, this is what arwah said to Mama: ‘Halim tu kena pegi Haji, bawak Neelofa sekali’.

“Selang beberapa minggu, segala aturan haji dibuat dan Alhamdulillah berkat doa arwah dan semua yang lain, saya berada di sini dan dapat selesai kerjakan ibadah haji. Allahuakbar.

“Semoga roh arwah dicucuri rahmat dan ditempatkan bersama para solihin. Diampunkan seluruh dosa-dosa dan diredhai Allah SWT. Ameen Allahumma Ameen.

“Ucapan setinggi-tinggi takziah buat seluruh ahli keluarga Tuan Guru Dato Ustaz Harun Din Al Hafiz semoga tabah hadapi saat kesedihan ini. Kami turut terasa kehilangan Ulama Besar kita,” tulisnya.

Sama-sama kita doakan semoga Allahyarham ditempatkan dalam kalangan orang soleh. KREDIT IG NEELOFA via Jom Melancong.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *