Tiba-tiba dapat pm dlm massager dari seorang Ibu yang anaknya nak Kena buang sekolah. Rupanya sebab tiada ‘itu’ ibu Ini dapat surat amaran dari sekolah.

“Cikgu, boleh tak saya nak mohon baju sekolah untuk anak-anak saya? Anak-anak saya belum ke sekolah lagi tahun ni sebab tak ada pakaian sekolah.

Cikgu sekolah mereka dah keluarkan surat amaran kedua. Jika masih tidak hadir, anak saya kena buang sekolah.”

Satu pm hadir dalam messenger aku dari entah siapa semalam. Dua perenggan ayatnya benar-benar menyentak hati aku.

Hari ni dah pun 22 Januari 2019. Sudah masuk minggu ke empat anak-anak kita semua bersekolah.

Rupanya masih ada yang belum dapat hadir ke sekolah kerana tiada sehelai baju kurung dan sepasang kasut sekolah.

Lebih meruntun hati, anak itu baru tahun pertama ingin bersekolah. Ya, anak perempuan itu darjah satu tuan-tuan.

Tahun yang paling mengujakan bagi murid untuk hadir ke sekolah dengan pakaian serba baru. Tahun yang mengujakan untuk mereka berkawan dan menimba ilmu.

Namun di suatu sudut dunia ini, ada seorang anak kecil yang tidak dapat hadir ke sekolah kerana tiadanya baju akibat kesempitan keluarga.

Apa sebenarnya kita jika kita tahu dan kita buat tidak tahu?

Maka apa sebenarnya kita ini jika begitu?

Sebak aku melihat keriangan anak-anak ini memilih baju sekolah yang baharu. Begitu teruja, begitu gembira, begitu berterima kasih atas bantuan kecil yang aku hulur.

Dua lagi anaknya OKU. Ya, abang berdua itu umurnya dah pun menjangkau belasan tahun. Tapi masih tidak tahu apa-apa.

“Angah mana Angah?”

Melilau mata ibu mencari Angah (bukan panggilan sebenar) bila dapat anak hilang sewaktu kami semua masuk kedai.

“Angah! Angah! Angah!”

Menjerit si ibu tanpa menghirau orang keliling pandang semacam. Awalnya aku pelik juga, apa nak di risau anak sudah besar panjang.

Bila tahu anaknya OKU, bila tahu anaknya pernah hilang berkali-kali, setelah melihat gelagat anak-anak ini sendiri, baru aku faham kenapa kerisauan ibunya bagai orang gila.

Keluarga ini, anaknya enam. Suami pun ada kad OKU dengan pelbagai penyakit pula. Dua anak lelaki pun OKU. Bahkan anak ke empat diambil Yayasan apa entah, tinggal di Dato Keramat.

2-3 minggu sekali si ibu pergi melawat. Semuanya di tanggung do situ. Ringan sedikit beban ibu yang kerjanya hanya menjual nasi lemak.

Kita sering keluh kesah. Kita sering mengeluh susah.

Namun pernahkah anak kecil kita tidak ke sekolah hanya kerana kita tidak mampu sediakan sepasang baju?

Maka siapa pun kita, di mana pun kita berada, sentiasalah memandang ke bawah.

Sentiasalah mendidik hati untuk bersyukur dengan apa yang ada disamping teruslah tingkatkan usaha.

Sebelum mereka beredar, aku belikan mereka barang dapur untuk kegunaan harian. Aku ajak mereka ke kedai makan, mereka menolak berkali-kali katanya sudah makan.

Setelah didesak, mereka akur. Aku minta mereka order makan pun mereka tolak. Tapi setelah nasi sampai, jelas kelihatan mereka sebenarnya kelaparan. 😭😭😭

Semasa menghantar mereka kat kereta JIRAN yang mereka tumpang, sempat aku kirimkan sedikit kiriman sedekah dan zakat yang kalian kirim melalui Dana Kita.

Doa dan ucapan terima kasih bertalu-talu diucap untuk kalian semua. Semoga doa dari keluarga ini didengari oleh Raja di atas sana. Amin.

#DanaKITA #MFS- Sekadar usaha kecil dari insan kerdil – sumber fb Mohd Fadli Salleh