Adakah Dunia Semakin Ke Penghujungnya? 6 Ulama Terkenal Dunia Men1ngg@l Dalam Tempoh 1 Tahun

Daripada Abu Darda’ RA, “Kemaatian seorang alim merupakan musibah yang tidak tertanggung dan patahnya mercu tanda Islam yang tidak dapat ditampungnya, seolah-olah bintang yang terpadam cahayanya dan maati satu qabilah atau kaum lebih ringan daripada maati seorang alim.”

Pernah ditanya kepada Sa’id Bin Jubair: “Apakah alamat binasanya manusia?Jawabnya: “Dengan kemaatian para ulama mereka.”

Dalam satu hadis lain yang diriwayatkan oleh Al-Bukhari dan Muslim, “Sesungguhnya Allah SWT tidak menghapus ilmu pengetahuan dengan cara mengambil sekaligus daripada hamba-hamba-Nya. Tetapi Allah SWT menghapus ilmu pengetahuan itu dengan kemaatian ulama sehingga tiada lagi orang yang alim. Ketika itu orang ramai melantik ketua-ketua mereka dari kalangan orang yang jahil dan apabila mereka ditanya mereka memberi fatwa dengan sewenang-wenangnya tanpa berpandukan ilmu pengetahuan. Maka mereka sesat lagi menyesatkan.”.

Bersandarkan dua hadis dinyatakan di atas, mungkin ramai tidak menyedari bahawa sudah berlaku enam kemaatian ulama terkenal dunia dalam tempoh setahun ini.

Di sini senaraikan kemaatian enam ulama terkenal dunia ini sejak 2018 dan adakah ini bermakna dunia semakin ke penghujung?

1.Ulama Arab Saudi, Ahmed Al-Amari mening gal dalam tahanan

22 Januari lalu, ulama terkenal Arab Saudiyang juga pendakwah terkemuka di Masjid Nabi di Madinah, Sheikh Ahmed Al-Amari mening gal dunia di dalam penjara akibat pendarahan otak.

Bekas Dekan Kolej Quran di Universiti Islam Madinah itu mening gal dunia selepas lima bulan ditangkap oleh pihak berkuasa Arab Saudi selepas susulan peningkatan tekanan ke atas pembunuhan wartawan Jamal Kashoorgi.

Anak lelaki Amari, Abdullah, mengesahkan kemaatian bapanya menerusi Twitter. Masa yang sama, Al-Amari dikatakan ditangkap Ogos lalu apabila pasukan keselamatan menyerbu rumahnya dan dikurung berasingan, menurut aktivis.

Beliau dan beberapa tahanan lain pada masa sama dipercayai rapat dengan ulama berpengaruh, Safar al-Hawali, yang ditahan pada Julai 2018 selepas menerbitkan buku mengkritik keluarga diraja Arab Saudi.

Arab Saudi melancarkan gerakan menekan pembangkang, termasuk menangkap dan dakwaan mendera aktivis wanita selain intelektual liberal dan aktivis Islam, ketika Putera Mahkota Mohammed bin Salman menggubal beberapa pembaharuan sosial dan ekonomi berprofil tinggi.

2.Ulama tersohor dari Negeri Sembilan Sheikh Mohd Faiz

MURSHID Tarbiah Ruhiyyah, Tarekat dan Tasawwuf Ahmadiah Idrisiyyah, Syeikh Mohd Paiz Sheikh Ahmad, 79, mening gal dunia di rumah ibunya di Kampung Pondok Rasah, Seremban pada 17 Disember tahun lalu.

Almarhum yang juga adik kepada bekas Mufti Negeri Sembilan, Syeikh Murtadha dimasukkan ke hospital oleh anaknya akibat kegagalan paru-paru.

Ulama tersohor ini sebelum ini dimasukkan ke hospital sebelum dibenarkan keluar dan dibawa ke rumah allahyahamah ibunya.

3.Ulama Indonesia mening gal ketika memberi ceramah

Ulama Nahdlatul Ulama terkenal dari Indonesia, KH Buchori Amin pula menghembuskan nafasnya yang terakhir ketika sedang berceramah sempena sambutan Maulidur Rasul pada 16 Disember tahun lalu.

Kejadian ini berlaku di Pondok AlIslahiyah Singosari, Malang di Jawa Timur malah detik video ulama disegani ramai ini tular di media sosial.

“Sangat beruntung, sangat beruntung. Orang yang tidak pernah bertemu Nabi Muhammad saw tapi beriman dengan Baginda,” demikian kata-kata akhir KH Buchori ketika hayatnya.

Sebaik mengucapkan kalimah itu, pemimpin badan agama di daerah Malang itu dilihat terjatuh ke belakang dan lesu di kerusi. Malahan, mikrofon yang dipegangnya juga terjatuh ke lantai.

Penganjur program bertindak pantas membawanya ke klinik berhampiran, bagaimanapun doktor bertugas mengesahkan beliau telah mening gal dunia di lokasi majlis berkenaan. Allahukbar.

4.Ulama & Cendiakawan Islam Uighur Mening gal Diseeksa Komunis China

Ulama dan Cendekiawan Islam Uighur, Muhammad Salih Hajim, 82 tahun dilaporkan telah mening gal dunia di sebuah kamp indoktrinasi politik China, demikian menurut World Uyghur Congress (WUC).

Kemaatiannya berlaku pada 20 Januari lalu dipercayai akibat diseeksa oleh komunis China yang begitu bencikan perkembangan Islam di negara besar itu. Ulama ini mula ditahan Disember 2017 kerana menjadi sasaran indoktrinasi politik dan propaganda.

Untuk diketahui, Muhammad Salih Hajim telah menerjemahkan kitab suci Al-Quran dari bahasa Arab ke bahasa Uighur. Dia mungkin mengalami penyiksaan dan perlakuan buruk selama pemenjaraannya,” jelas WUC.

“Kemaatian Ulama terkenal ini berlaku di saat pembersihan besar-besaran pihak berkuasa China terhadap orang-orang Islam Uighur. Ratusan ribu (mungkin jutaan) warga Uighur telah ditangkap di Turkistan Timur dan dikirim ke kem-kem untuk mengembalikan mereka kepada ajaran komunis.

5.Pengasas Tabligh Jamaat Pakistan mening gal akibat sakit tua

Setengah juta umat Islam berpusu-pusu ingin memegang keranda pemimpin Tabligh Tableeghi Jamaat Pakistan, Abdul Wahab, 96, atau dikenali sebagai Bai Wahab meninggal dunia di Raiwind, Lahore yang meninggal pada 18 November tahun lalu akibat sakit tua.

Ulama terkenal dilahirkan di British India berhampiran Delhi pada 1922. Selepas menamatkan pelajaran di Kolej Islam Lahore, allahyarham menyertai perkhidmatan awam tetapi meletakkan jawatan selepas bertemu pengasas Tableeghi Jamaat, Maulvi Ilyas Kandelvi.

Abdul Wahab kemudian berhijrah ke Pakistan pada 1947 dan menubuhkan sebuah madrasah di Lahore. Dia melawat setiap wilayah dan kampung di Pakistan untuk berdakwah.

Fokus utama Abdul Wahab dalam dakwahnya adalah mengajar penduduk bersolat, mendapatkan pendidikan, menghormaati sesama manusia dan mengajak mereka menyertai tabligh.Setengah juta orangmenyertai upacara berkenaan bagi memberi penghormatan terakhir kepada ulama terkenal berkenaan.

6.Ulama Iran mening gal akibat sakit

Ketua Dewan Penentu Kebijakan Negara Iran, Ayatullah Mahmoud Hashemi Shahroudi menin ggal dunia pada usia 70 tahun setelah berbulan-bulan menderita sakit. Ulama besar ini menin ggal dunia di Rumah Sakit Khatam al-Anbiya Tehran pada 24 Disember lalu jam 10 malam.

Ia dilahirkan pada tahun 1948 di kota Najaf, Irak, yang telah melahirkan banyak ulama besar. Di Irak, Ayatullah Shahroudi menghadiri kelas-kelas kuliah yang diadakan oleh Imam Khomeini ra.

Selama masa hidupnya, Ayatullah Shahroudi mengabdikan dirinya dibeberapa kedudukan penting di Republik Islam Iran. Allahyarham memimpin Dewan Penentu Kebijakan Negara pada 2017 menggantikan almarhum Ayatullah Ali Akbar Hashemi-Rafsanjani.

Ia juga pernah menjabat sebagai anggota Dewan Penentu Kebijakan Negara, Dewan Ahli Kepemimpinan dan Ketua Badan Kehakiman Iran selama 10 tahun.

Moga Allah mengampuni semua dosa-dosa kita dan menempatkan diri kita di kalangan orang beriman sehingga ke hari akhirat.

Sumber: remaja