Rezeki Suami Tiba-Tiba Mengalir Deras ,Inilah 10 Sikap Isteri Pembawa Rezeki Yang Melimpah Ruah Kepada Suaminya.

Rezeki Suami Tiba-Tiba Mengalir Deras ,Inilah 10 Sikap Isteri Pembawa Rezeki Yang Melimpah Ruah Kepada Suaminya.

Ramai suami yang mungkin tidak tahu bahawa sebenarnya, rezekinya dengan izin Allah jadi semakin murah malah mengalir deras atas sebab peranan isteri. Seorang isteri, yang membuat rumah tangga lebih bahagia menuju ke syurga sekaligus menjadi sumber rezeki paling berharga buat suami.

Seorang isteri pasti sangat bahagia jika mendapat julukan isteri pembawa rezeki. Buat para wanita yang masih belum mempunyai calon suami, bolehlah mempersiapkan diri daripada sekarang untuk menjadi wanita pembawa rezeki untuk bakal suami kelak.

Untuk para jejaka, kalian boleh mula mencari calon isteri dengan ciri-ciri wanita seperti ini yang mampu membawa rezeki untukmu kelak.
Wanita Yang Taat Kepada Allah & RasulNya.

Ada empat perkara yang dipertimbangkan sebelum berkahwin dengan seorang wanita. Sama ada kerana kecantikannya, keturunannya, hartanya dan agamanya.

Dalam Islam sangat dianjurkan untuk memilih wanita kerana faktor agamanya. Wanita yang taat kepada Allah dan Rasulnya akan membawa rumah tangga menuju syurga kerana golongan wanita ini akan menciptakan ketentaraman di dalam rumah tangga.

Rumah tangga yang aman dan tenteram adalah rezeki yang sangat berharga. Suami yang didampingi isteri seperti ini pasti akan selalu bahagia hatinya dan sentiasa bersemangat dalam mencari rezeki. Rumah tangga yang dinakhoda oleh suami yang soleh serta didampingi isteri yang solehah akan menjadikan sesebuah rumah tangga itu lebih diberkati serta mendapat keredaan Allah.

Jika aku boleh menyuruh seseorang untuk sujud kepada orang lain nescaya aku akan menyuruh seorang isteri untuk sujud kepada suaminya (H.R. Tirmidzi dan Ibnu Majah). Sepanjang perintah suami tidak bertentangan dengan agama, maka isteri wajib mentaatinya.

Ketaatan seorang isteri pada suaminya akan membuatkan hati suami tenang dan damai dan boleh menjalankan kewajibannya mencari rezeki yang halal untuk keluarga.
Isteri yang sentiasa bersyukur

Isteri yang sentiasa bersyukur atas semua kurniaan Allah pada hakikatnya dia sedang mengundang tambahan nikmat untuk suaminya termasuk juga rezeki.

Bersyukur punya suami, bersyukur jadi ibu. Anak-anak boleh mengaji, bersyukur. Suami memberi nafkah, bersyukur. Suami memberikan hadiah, bersyukur. Suami mencintai setulus hati, bersyukur. Suami memberi kenikmatan sebagai suami isteri, bersyukur.

“Dan ingatlah ketika Tuhanmu memaklumkan : bila kalian bersyukur, tentu Kami akan menambah (nikmat) padamu apabila kamu mengingkari (nikmatKu) maka sesungguhnya adzabku sangat pedih” (QS. Ibrahim : 7).
Wanita Yang Melayani Suaminya Dengan Baik

Tugas utama seorang isteri ialah melayani suaminya sebaik mungkin serta mendidik anak-anak dengan baik. Wanita yang sentiasa melayani suaminya dengan baik akan membuatkan suaminya bahagia.

Wanita yang demikian akan menjadi kesayangan suaminya dan boleh menjadi ‘rakan kongsi’ yang baik dalam mewujudkan rumah tangga yang sakinah dan menarik hal-hal postif dalam rumah tangganya, termasuk rezeki bagi suaminya.

Wanita yang sentiasa melayani suami dengan baik juga akan menciptakan rumah tangga yang harmoni. Rumah tangga yang harmoni adalah idaman semua orang, dan menjadi isteri yang melayani suami dengan baik juga idaman setiap wanita. Biasakan diri untuk melayani suami sebaik mungkin agar suami bersemangat dalam menjalani tugasnya untuk menafkahi keluarganya.
Wanita Yang Berhias Hanya Untuk Suaminya

“Sesungguhnya dunia itu adalah perhiasan dan sebaik-baik perhiasan dunia adalah wanita solehah” (H.R. Muslim).

Sifat wanita memang suka bersolek dan berhias. Walau bagaimanapun wanita yang solehah hanya berhias dan menampakkan perhiasan untuk suaminya. Wanita yang jika dipandang suaminya selalu menyenangkan dan tahu bagaimana menyenangkan suaminya akan mendatangkan rezeki buat suaminya.
Isteri yang baik agamanya

Rasulullah s.a.w menjelaskan bahawa wanita dinikahi kerana empat perkara. Kerana hartanya, kecantikannya, nasabnya dan agamanya.

“Pilihlah kerana agamanya, nescaya kamu beruntung” (HR. Al Bukhari dan Muslim).

Cuba kita perhatikan, tidak ada satu pun keluarga yang jika semuanya patuh pada Allah lalu mereka mati kelaparan atau kebuluran. Tapi bagaimana dengan seorang suami yang bergelumang maksiat tapi namun rezekinya lancar?
Jika Ditinggalkan Menjaga Kehormatan & Harta Suaminya

Saat suami keluar mencari nafkah, isteri yang ditinggalkan di rumah harus menjaga kehormatan dirinya. Harta suami yang dititipkan padanya digunakan pada hal-hal yang bermanfaat dengan izin suaminya. Wanita seperti ini memudahkan rezeki masuk ke dalam rumahnya sebagai upah daripada ketaatannya kepada Allah dan kesetiaan kepada suaminya.

Rezeki Suami Tiba-Tiba Mengalir Deras! Inilah 10 Sikap Isteri Pembawa Rezeki Melimpah Ruah Kepada Suaminya.
Isteri yang mengamalkan solat dhuha

Solat dhuha adalah solat sunat ganjarannya luar biasa.

“Pada tiap tiap pagi, lazimkanlagh atas tiap-tiap ruas anggota seseorang kamu bersedekah, tiap-tiap tahlil satu sedekah, tiap-tiap takbir satu sedekah, menyuruh berbuat baik satu sedekah, dan cukuplah(sebagai ganti) yang demikian itu dengan mengerjakan dua rakaat sembahyang Dhuha.” (HR Al Bukhari dan Muslim)
Wanita yang Sentiasa Meminta Reda Suaminya

Wanita ini tahu bagaimana menyenangkan hati suaminya. Isteri yang sentiasa meminta reda suaminya berperilaku baik agar tidak menyinggung perasaan suaminya. Wanita seperti ini selalu berusaha agar suaminya tidak marah padanya. Dia tidak akan masuk tidur dalam keadaan marah atau meninggalkan suaminya dalam keadaan marah.
Wanita Yang Ikhlas Menerima Pemberian Suami

Wanita yang tidak pernah mengeluh walau apa pun rezeki yang dibawa pulang suaminya. Selalu ikhlas menerima dan menghargai apa pun yang diberikan suami kepadanya. Banyak atau sedikit pun diterima dengan ikhlas. Wanita seperti ini adalah wanita yang mensyukuri rezekinya. Allah sudah menjanjikan bahawa jika kita bersyukur, maka akan semakin bertambahlah rezeki.
Wanita Yang Tidak Pernah Putus Mendoakan Suaminya

Wanita yang bersyukur adalah wanita yang menerima semua takdir Allah. Selain bersyukur, wanita yang bergelar isteri juga boleh berusaha melakukan yang terbaik termasuk mendoakan suami dan anak-anak agar berjaya dalam kehidupan. Jadikanlah berdoa sebagai rutin harian setiap kali selesai solat.

Wanita seperti ini tahu bahawa rezeki suaminya akan bertambah dan diberkati jika dia sentiasa melibatkan Allah pada setiap langkah suaminya mencari nafkah buat seisi keluarga. Di samping itu doa juga merupakan penguat dan usaha yang sangat mujarab jika serius memintanya kepada Allah. Allah sangat senang jika hambanya terus meminta kepadaNya, disertai usaha yang tidak henti-henti.
Isteri yang suka bersedekah

Kita semua tahu tentang ganjaran bersedekah. Keutamaan sedekah itu misalnya dijelaskan dalam surat Al Baqarah, bakal dilipatgandakan Allah sampai 700 kali ganda. Dan ia boleh dilipatgandakan lebih dari itu menurut kehendak Allah.

Apabila isteri yang mendapat nafkah dari suami, lantas sebahagiannya digunakan untuk sedekah, mungkin tidak dibalas melaluinya.

Boleh jadi dibalas melalui suaminya. Jadilah pekerjaan suaminya lancar, rezekinya melimpah.

“Perumpamaan orang-orang yg menafkahkan hartanya di jalan Allah sama beserta sebutir benih yg menumbuhkan tujuh bulir, pada tiap-tiap bulir ada seratus biji. Allah melipatgandakan (ganjaran) buat siapa saja yang dia kehendaki. Dan Allah Mahaluas lagi Maha tahu. ” (QS. Al Baqarah : 261).

Seorang isteri yang solehah juga faham, setiap kejayaan memerlukan pengorbanan. Sebab itu mereka akan memberi motivasi kepada si suami untuk berusaha dengan lebih baik.

Mereka akan menjadi tulang belakang suami sepanjang perjalanan. Mereka akan bersabar, tidak kisah dengan liku jatuh-bangun, dan tidak pernah mengharapkan balasan.

Sebab itulah isteri ini magnet rezeki. Layanilah mereka dengan baik dan ikhlas. Hal ini kerana, di sebalik kejayaan seorang suami, memang berdiri teguh seorang isteri yang hebat dan sabar.

Sumber dari AliffChannel