“Kak Lina Sangat Tersentuh Hati” – Diusik ‘used car’, Elly Mazlein Akhirnya Buka Mulut!

“ISU ini bukannya besar sangat, tak payah ambil serius wahai penyokong Kak Lina Pom Pom. Kita tenang-tenang sahaja,” kata pelakon dan pengacara Elly Mazlein.

Elly meminta peminatnya tidak ambil hati selepas pengacara Datuk AC Mizal melabelkannya sebagai ‘used car’ (kereta terpakai) ketika mengacarakan Anugerah Bintang Popular Berita Harian (ABPBH) ke-32 di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC), malam tadi.

“Kak Lina sangat tersentuh hati bukan kerana isu ini (dipeerli) tetapi disebabkan ramai orang ambil berat. Alhamdulillah, ramai menyayangi Kak Lina,” katanya.

Menurut Elly, dia menyedari peminatnya meluahkan ketidakpuasan hati itu di media sosial selepas dirinya dilabel kereta terpakai oleh pengacara terbabit.

“Selepas ABPBH berakhir, saya bertanyakan bakal suami pandangannya dan dia sangat memahami. Bakal suami menyerahkan sepenuhnya untuk saya mengulas.

“Bagi saya, diusik sebagai kereta terpakai sukar diterima tetapi semua manusia tidak sempurna. Saya anggap mungkin Datuk AC terlepas cakap.

View this post on Instagram

Camtoooo haaaaa aduh aduh #ABPBH32 🎊🎊🎊🎊🎊

A post shared by ELSefhia (@iamellymazlein) on

“Saya harap selepas ini hargailah dan jagalah martabat serta aib wanita,” katanya dihubungi Harian Metro.

Sementara itu di laman Twitter, kebanyakan warganet mengec4m tindakan AC Mizal yang dianggap keterlaluan.

Pengguna laman sosial itu meminta serangan peribadi terhadap wanita dengan menjadikannya bahan jenaka dihentikan tambahan pula ia disiarkan secara langsung.

Majoriti warganet wanita meminta pengacara itu meminta maaf dan jangan menyamakan golongan itu dengan objek.

Perbuatan ini jah4t dan tak patut, kerana satu Malaysia tengok. Wanita bukan objek, sampai bila gurauan sebegini perlu berlaku dalam siaran langsung. Lepas itu dia siap ‘high five’ (bertepuk tangan) dengan Zizan pula. Ramai wanita jadi m4ngsa, ini tidak adil,” kata warganet.

Insiiden yang membabitkan dua pengacara itu berlaku ketika AC Mizal dan Elly duduk dalam barisan kerusi bersama Zizan Razak, Mira Filzah, Syafiq Kyle dan Siti Nordiana.

Usaha untuk mendapatkan penjelasan AC Mizal setakat ini tidak berjaya apabila pengacara berkenaan tidak mengangkat panggilan telefon mahupun membalas kiriman WhatsApp.

Sumber : Metro