Zizan Razak Dikatakan Cuba Memikat Wartawan Muka Macam Neelofa

Soal jodoh dan pertemuan bukan suatu yang mudah untuk diungkapkan kerana kadang-kadang ia terjadi dengan sendiri tanpa kita sedari. Jodoh datang tanpa diduga, baru berkenalan namun sudah ke arah sebuah perkahwinan. Ada juga yang yang sudah bertahun mengenali antara satu sama lain, putus tanpa penghujungnya.

Jodoh di tangan Tuhan dan manusia wajib berikhtiar mencari dan memilihnya sesuai dengan ketentuan yang ditentukan Tuhan. Andai itu jodoh kita dan tidak lama lagi anda akan mengikat tali pertunangan atau mungkin membina satu mahligai bahagia untuk selamanya

Apabila kali diajukan soalan mengenai jodoh, pelakon dan pelawak Zizan Razak pasti mempunyai cara tersendiri untuk mengelak untuk berbicara mengenainya. Kali ini jawapan pelakon Polis Evo itu kelihatan lebih kreatif apabila menjadikan wartawan dan penyampai berita TV3, Hawa Rizwana Redzuan sebagai ‘sasaran’ yang secara kebetulan turut sama menghulurkan mikrofon kepadanya.

Tipulah kalau tak terfikir soal kahwin, kalau boleh saya nak seorang wanita yang bertudung dan boleh bercakap serta mengacara, kenapa pandang dia (Hawa) apabila tanya soalan tentang jodoh? Anda rasa dia sesuai?” kata Zizan sambil beberapa kali memandang ke arah Hawa.

Zizan Razak 'try' wartawan mirip Neelofa

Zizan Razak 'try' wartawan mirip Neelofa

Posted by Rock N Roll Pizza on Tuesday, September 24, 2019

Hawa yang memiliki raut wajah persis Neelofa berkata, warganet tidak memahami kesusahan dirinya yang bertungkus lumus mendapatkan Ijazah Sarjana Muda Komunikasi dan Pengajian Media (Kewartawanan) di UiTM.

Bakatnya dikesan pihak pengurusan Media Prima selepas tamat praktikal Jun 2017. Mereka menawarkan kerja sebagai wartawan dan pembaca berita di TV9.

Kini Hawa beralih sebagai pembaca berita Buletin Utama pada 1 Januari lalu dan ia disebabkan bakatnya yang menyerlah. Hawa sebelum ini pernah menzahirkan kekecewaan sebaik ditohmah warganet di Twitter semalam kononnya dia mendapat pekerjaan itu menggunakan ‘kabel’ iaitu bapanya, Profesor Datuk Dr Ahmad Redzuan Abd Rahman.

Krdt:Mstaronlinee