Innalillah Perginya Pemain Drum Tersohor Lagu Isabella, Yazit Search MninggaI Dnia

” Innalillahwainnahirajiun Abg Yazit Search Sang Gendang telah menghembus nafas terakhirnya jam 11.53 pagi sebentar tadi (26 September 2019) disisi keluarga dan sahabat andai beliau

” Kini ambil masa dalam proses diHKL, seterusnya akan dibawa ke Masjid Salehuddin Al Ayubi Taman Melati utk kapan & solat dan dikebumikan di Raudatul sakinah Taman Selasih KL. Moga dipermudahkan”

Demikian status terkini yang dikongsikan tentang pemergian pemain drum lagenda kumpulan rock terkenal, Search yang juga pemain drum lagu Isabella.

Terdahulu berikut kenyataan yang dikeluarkan melalui Facebook milik Yazit tentang keadaan terkini beliau.

” Assalam, Doktor telah berjumpa dgn Abg Zahid Ahmad, Abg Yazit Search Sang Gendang kini dlm situasi menunggu doktor pakar untuk dilepaskan dari mesin pernafasan pada bila bila masa ketika ini.

” Sekiranya Abg mninggaI beliau akan dibawa ke Masjid Salehuddin Al Ayubi, Taman Melati utk di k4pan dan disolatkan. Seterusnya ke Raudatul Sakinah Taman Selasih. Bersama kita doakan agar dipermudahkan. Amiin.

Terdahulu isteri Yazit menceritakan tentang keadaan suaminya kali ini kritikal. Doktor kata otaknya tak berfungsi lagi dan dia dah nampak kena sawan.

” Kalau tengok tubuhnya, nampak pergerakan secara mengejut,” demikian kata Ramlah Mat, 59, mengulas perkembangan terkini suaminya, Yazit Ahmad, 57, yang sedang menerima rawatan di Hspital Kuala Lumpur (HKL).

Menurutnya, doktor kini sedang berusaha memberikan rawatan terbaik kepada suaminya, namun memintanya berserah kepada ketentuan Tuhan.

” Tengoklah sekiranya jantung abang berhenti mengejut, mereka tak boleh buat apa-apa dan minta kami reda.

” Abang kini terpaksa menggunakan alat bantuan sokongan hayat,” katanya kepada Harian Metro.

Bekas pemain dram kumpulan Search itu dimasukkan ke HKL kira-kira jam 3 pagi tadi oleh anaknya.

Terdahulu, Yazit pernah dimasukkan ke hspital sama pada 3 September lalu akibat masalah pernafasan tetapi dibenarkan keluar dua hari selepas itu.

Bercerita lanjut, Ramlah berkata, pagi kelmarin, suaminya mengadu sesak nafas dan dia mengurut badan suaminya.

” Keadaannya waktu itu sangat lemah. Apabila mulutnya berbuih, saya panik dan segera panggil anak minta hantar abang ke hspital.

” Mereka bergegas bawa dia ke unit kecmasan HKL dan setibanya di sana, jntung abang terhenti membuatkan anak menjerit minta bantuan kakitangan perubatan yang berada di situ.

” Mereka bergegas buat bantuan pernafasan (CPR) dan keadaannya agak okey,” katanya.

Yazit seterusnya dimasukkan ke Zon Merah dan terus dirawat dengan rapi

” Abang ditidurkan dan keadaannya kekal sampai sekarang. Jam 5 petang tadi, doktor panggil saya serta anak dan beritahu keadaan abang hanya 80:20.

” Dia mengalami sawan kerana otaknya tiada oksigen. Paru-paru dah berkuman manakala buah pinggang juga dah rosak,” katanya.

Ramlah berkata, suaminya mengalami kesan akibat rawatan CPR yang dilakukan.

” Ia disebabkan faktor umur abang. Lagipun tulangnya juga dah reput kerana rawatan dialisis yang dibuat.

” Saya dah maklumkan situasi abang kepada ahli keluarganya dan mereka sudah bergerak dari Johor untuk melawatnya. Manakala saudara mara di sekitar Kuala Lumpur sudah datang melawat,” katanya.

Apa Kata Anda? Dah Baca Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih.

Sumber : kosmo dan FB Sang Gendang -Yazit Search