Abby Abadi selamat lahir bayi lelaki pramatangg berat hanya 535 gram

SELEPAS melalui pelbagai dugaan dalam tempoh kehamiilan, pelakon Abby Abadi akhirnya selamat melahirkan bayi lelaki kira-kira pukul 10.45 pagi Jumaat di Hospital Sungai Buloh, Selangor secara pembed4han.

Suaminya, Faizal Zakaria atau lebih dikenali sebagai Jaiezzany, 45, memberitahu isteri dan bayi yang dilahirkan seberat 535 gram itu berada dalam keadaan sihat.

“Alhamdulillah, kedua-dua mereka selamat.

“Tetapi bayi kami masih dalam pemantauan doktor dan diletakkan di wad NICU (wad penjagaan intensif untuk bayi) kerana lahir tak cukup bulan.

“Beratnya hanya 535 gram sahaja,” katanya kepada mStar.

Abby dimasukkan ke hospital sejak Ahad malam selepas mengalami tekanan dar4h tinggi.

Terdahulu, Jaiezzany memaklumkan isterinya itu terpaksa dibed4h bagi mengeluarkan bayi demi menyelamatkan nyawa kedua-dua mereka selepas aktres itu mengalami tanda-tanda untuk bersalin.

“Tekanan darah Abby dah semakin baik semalam dan doktor beritahu dia mungkin boleh keluar hari ini.

“Tiba-tiba tengah malam tadi tekanan dar4h dia naik sampai 190 dan pagi ini dia bl33ding… doktor beritahu ada bukaan dan berlaku contraction.

“Apabila dar4h dah terlalu banyak, doktor tak boleh nak tunggu, terpaksa masuk ke bilik pembed4han. Kandungan baru sahaja 23 minggu tapi terpaksa dikeluarkan untuk selamatkan mereka,” katanya.

Pelakon drama bersiri Gerak Khas itu dimasukkan ke sebuah pusat perubatan pada Ahad malam selepas mengalami tekanan dar4h tinggi.

Bayi baru sahaja 23 minggu tapi terpaksa dikeluarkan untuk selamatkan mereka.

FAIZAL ZAKARIA

Pada 2017, Abby pernah mendedahkan dia mengalami kegvgvran ketika usia kandungannya lima bulan.

Abby dan Jaiezzanny berkahwin pada 14 Ogos 2015 dan mereka mempunyai dua orang anak angkat bernama Muhammad Daiyan Fayyad dan Maisara Dayana Fathia yang dijaga sejak tahun lalu.

Abby juga mempunyai tiga orang anak, Mohamed Danish Hakim, 16, Marissa Dania Hakim, 14, dan Maria Danisha Hakim, 11, hasil daripada perkahwinannya yang terdahulu dengan pelakon Norman Hakim.

Sumber : Mstar