Mulianya hati Memey bantu pam susu sendiri untuk anak Abby Abadi

Semalam merupakan hari paling gembira buat aktress Abby Abadi kerana selamat melahirkan seorang anak lelaki. Walau bagaimanapun, bayi tersebut merupakan bayi prama tang ketika kan dungan berusia 6 bulan. Lahir dengan berat hanya 535gram dan masih dalam rawatan NICU.

Untuk membantu meringankan beban Abby Abadi, Memey Suhaiza berusaha untuk memberikan susu badannya sendiri untuk bayi Abby Abadi. Terharu dan bangga betul dengan dua buah keluarga ini.

Dalam ulasan gambar Abby Abadi memberitahu beliau cuba untuk berikan susu badannya sendiri tapi terlampau sikit. Takpe kak Abby, InsyaALLAH bekalan susu akan bertambah nanti.

Alhamdullillah @memeysuhaiza
Antara usaha kami, pam susu badan nk bagi pada Baby D… TQ Mey sudi dtg menolong juga. Kita dapat sikit je, itupun adik2 nurse tolong hehe.. Mey bagi sebotol dah. Ada dah stok susu badan utk seminggu sbb Baby D akan minum sikit2 je nanti PS: Doakan Baby D kita tau. Tak dpt nk cerita keadaannya. Hanya keajaiban yg akan menyelamatkan diaaa

You are the reason #BabyD We love u so much Tahniah mama @abby_abadi112 & abah @jaiezzany Sama2 kita terus doakan #BabyD terus kuat & sihat ye.. Tadi dtg ziarah mama,sambil2 pam susu utk stock Baby D.. mama pun sama buat stock susu.. Mama mummy bergabung supaya baby cukup keperluan utk terus membesar dgn sihat.. mudah2an…mohon terus sama2 kita istiqomah utk mendoakan mama @abby_abadi112 & #BabyD ye…

Apa yang lebih terharu, Norman Hakin yang juga su ami Memey juga turut membantu menanam uri bagi pihak Abby dan su ami.

Alhamdulillah settle tanam uri #BabyD on behalf of Abah @jaiezzany .Mohon terus mendoakan terutama buat #BabyD ,zuriat buat Abah & Mama @abby_abadi112 utk terus survive & sihat walafiat ye

Semoga hubungan kekeluargaan mereka berterusan sampai bila-bila dan BabyD sihat sentiasa.

Sumber: meh.baca.com