Penyanyi Wann Mengakuu Ada Masa Imann Tak Kuatt Kadang2 Tersembull Juga Sediikit

Pastinya ramai yang masih ingat dengan penyanyi popular era 1990-an, Wann. Beliau yang dahulunya sangat terkenal dengan lagu berjudul Bossanova merupakan salah seorang daripada 13 peserta yang bakal bertanding dalam program realiti nyanyian iaitu Gegar Vaganza 6 yang akan memulakan siarannya bermula 13 Oktober ini selama lapan minggu.

Kali ini program rancangan realiti nyanyian Gegar Vaganza kembali untuk musim keenam dengan menampilkan 13 peserta. Edisi kali ini menyaksikan persaingan 11 peserta solo dan dua lagi mewakili kumpulan dan duo.

Musim terbaharu ini memperlihatkan peserta wanita terdiri daripada penyanyi terkenal era 1990-an iaitu Wann, Noorshila Amin, Feeza, Mazleela, dan Nurfatima.

Manakala peserta lelaki pula ialah Sham Visa, Naqiu Boboy, Roy, Hady Mirza, Ameer Sofazr dan Jatt Black Dog Bone. Kumpulan One Nation Emcee dan pasangan duo, Kool turut akan memberikan persaingan kepada peserta solo lain.

Sejak berita pengumuan beliau bersetuju menyertai Gegar Vaganza 6, ramai peminat beliau yang teruja menantikan kemunculan beliau.

Dalam pada itu, Wann mengakui lebih selesa dengan imej berselendang bagi menutupi sebahagian kepalanya buat masa sekarang.

Wann, 49 memberitahu dia perlu mengambil masa bagi mendidik diri untuk menutup aurat kerana bimbang perubahan imej itu bakal memberi kejutan kepadanya.

” Saya rasa dah sampai waktunya untuk saya mulakan (pakai tudung) secara perlahan-lahan. Saya takut kalau tak mula daripada awal nanti kita akan terkejut.

” Sejujurnya sudah empat tahun saya dengan imej begini. Apabila keluar ke mana-mana, saya tutup dengan selendang… kalau tiada selendang saya rasa janggal juga.

Wann lebih selesa berselendang

” Dalam tempoh itu pun kadang-kadang iman tak kuat… ada juga tersembul sikit. Tapi selepas itu saya istighfar banyak-banyak,” katanya

Mengakui sudah terbiasa dengan teguran netizen, Wann bagaimanapun berkata dia enggan melihat perkara itu sebagai sesuatu yang negatif.

Kata Wann, ia mungkin ujian untuk dia menjadi lebih baik selain berharap peminat dapat mendoakan yang terbaik untuknya.

” Daripada awal-awal saya mula menyanyi saya sudah terbiasa dengan kcaman netizen. Tipulah kalau cakap saya tak pernah terasa. Tapi saya terima nasihat mereka. Mungkin ia sebahagian ujian buat saya. Cuma yang saya harap peminat dapat doakan yang terbaik sebab tahun depan pun umur dah 50 tahun,” ujarnya.

Sumber : mstar