Suami Abby Abadi Syukur Bayi Pramatangg Ada Perkembangan Positif.

Tidak mampu menyembunyikan kerisauan apabilanya anaknya yang baru dilahirkan pra-matang kini sedang mendapatkan rawatan di Unit Rawatan Rapi Neonatal (NICU).

Jelas suami Abby Abadi, Faizal Zakaria, anaknya yang dikenali sebagai Baby D mula menunjukkan perkembangan positif pada hari ketiga selepas lahir.

“Day 3, Alhamdullilah Baby Boy Abah ada perkembangan yang positif berbanding sebelum ni

“Abah dan mama @abby_abadi112 senantiasa doakan baby

“Baby tahu tak kat luar sana semua doakan moga baby sihat, baby kuat….Ada yang doakan di Madinah Mekah…

“Pusat Tahfiz pun ada buat solat hajat untuk baby…semua sayang baby,” kongsinya.

Dia turut berkongsi detik-detik istimewa apabila bayi lelakinya memegang erat tangan si ibu sewaktu kedua-duanya datang melawat di NICU.

“Mama pun dah sihat..BP mama tak tinggi sgt dah….Baby jangan risau tentang mama ya.

“Allah ada, Allah yang lebih berkuasa dari segala2nya….

“Baby x keseorangan kat NICU, abah dan mama akan sentiasa datang jumpa baby…..

“Tadi lama sangat baby pegang jari mama….nampak kuat jari baby pegang jari mama….Abah tahu dalam diri baby ada kekuatan mcmana dalam diri mama…

“Abah sayang baby dunia akhirat….Abah sayang semua, Abah doakan agar kita semua dapat berkumpul,” tulisnya di entri Instagram.

Abby selamat melahirkan bayi lelaki pada 27 September lalu pada usia kandungannya enam bulan selepas mengalami ‘turun darah’ kerana bacaaan darah tinggi yang meningkat.

Abby mendirikan rumah tangga dengan Faizal Zakaria pada 14 Ogos 2015.

Abby dan Faizal turut mempunyai dua orang anak angkat bernama Muhammad Daiyan Fayyad dan Maisara Dayana Fathia.

Foto : Instagram Faizal Zakaria