Terbukti saya tak reka cerita kejadian menimpaa Adib – Narresh

SEORANG saksi utama inkues bagi mencari punca kem4 tian anggota bomba Muhammad Adib Mohd Kassim berkata akhirnya terbukti beliau tidak mereka-reka cerita berhubung insiden berkenaan.

Anggota sukarelawan Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Narresh Rajandran yang merupakan saksi kesembilan berkata, selama ini dia dituduh “berat sebelah” ketika memberikan keterangannya di hadapan Koroner Rofiah Mohamad.

Narresh adalah individu bertanggungjawab mengangkat serta mengusung Adib ke dalam sebuah kereta pacuan empat roda dan memangkunya sehingga sampai ke Pusat Perubatan Subang Jaya (SJMC) ketika rus uhan di kuil Seri Maha Mariamman USJ 25, Subang Jaya pada pagi 27 Nov tahun lalu.

“Selama ini saya menerima cacian dan hinaan kerana kononnya ‘bias’ ketika memberi keterangan berhubung apa yang menimpa Adib, hari ini akhirnya terbukti yang saya tidak mereka-reka atau menokok tambah mengenai kejadian tersebut,” kata R Narresh seperti dipetik oleh portal Malaysia Gazzete.

Pada Februari lalu, Narresh memberi keterangan dalam inkues berkenaan bahawa beliau melihat terdapat kesan lebam pada rusuk kanan anggota bomba itu selain kesan tapak kasut di bahagian sama.

Narresh, yang mendapati Adib dalam keadaan separuh sedar, berkata dia meneliti badan mngsa ketika mereka berada di bahagian belakang trak Mitsubishi Storm semasa dalam perjalanan ke hospital.

“Sesungguhnya Mahkamah Koroner telah membuat keputusan yang adil, ternyata keterangan kami yang benar-benar berada di tempat kejadian telah diambil kira.

“Saya menyambut baik keputusan yang dibuat Mahkamah Koroner dan menyifatkan hakim telah mempertimbangkan semua keterangan dengan tanpa bias kepada mana-mana pihak. Saya percaya hakim tidak sewenang-wenangnya membuat keputusan, bukan saya seorang sahaja yang dipanggil dalam inkues itu.

“Dalam erti kata lain, hakim bukan mendengar cerita sebelah pihak semata-mata, beliau bukan dengar keterangan saya sahaja, jadi saya percaya beliau adil dalam keputusannya,” kata Narresh yang menggesa orang ramai menerima keputusan itu dengan hati terbuka .
Narresh menambah beliau bersyukur kerana keadilan memihak kepada Adib walaupun pelaku yang menyrang anggota bomba itu masih belum dikenal pasti dan didakwa.

Adib, 27 meninggl dunia di Institut Jantung Negara pada 17 Dis 2018 kira-kira sebulan selepas insiden rusuhan berkenaan.

Inkues diadakan selepas timbul dua versi bercanggah mengenai punca kematiannya.

Satu versi mendakwa Adib dilanggar oleh van EMRS ketika cuba menyelamatkan diri daripada rusuh an manakala satu lagi versi mengatakan arwh dise rang peru suh.