Kakak ikut langkah Emma Maembong buka hiijab?

Pada Februari lalu, pelakon Emma Maembong mengambil keputusan untuk tidak bertudung setelah hampir hampir lima tahun memakai hijab.

Terbaru, kakaknya Shikin Maembong dipercayai mengikut jejak langkah yang sama apabila kelihatan semua entri terbaru di laman Instagram tampil tanpa berhijab.

Ketika berhijab

Walaupun tiada sebarang kenyataan rasmi, tetapi beberapa ruangan komen posting telah ditutup seolah-olah mengetahui akan ditanya pengikutnya mengenai perkara tersebut.

Lawanya rambut

Namun begitu, wanita berusia 36 tahun berkenaan masih menjadi perhatian ramai apabila dipuji cantik dengan penampilan rambut ‘blonde’ yang tidak ubah seperti ‘minah salleh’.

Sumber : Shikin Maembong via OMM