Abby Abadi Beritahu Anaknya Kini KritikaI, Hanya Doa Boleh Ubah Takdir Baby Danial

“ Doakan anak saya ya,” kata pelakon Abby Abadi mengenai keadaan anaknya, Muhammad Danial Firman Faizal yang kini berusia 11 hari.

Abby, 42, atau nama sebenarnya Arbaiyah Abdul Manan berkata, anak yang dilahirkan pra mtang itu kini 90 peratus bergantung pada mesin untuk bernafas.

Menurut Abby, keadaan anaknya sangat kritikaI dan memerlukan pemantauan 24 jam.

“ Sayu dengar apabila doktor cakap mcm itu. Namun, dari awal pun beberapa orang doktor cakap perkara sama.

“ Peluang untuk hidup 50-50 sebab Baby Danial lahir dalam keadaan yang sangat tidak bersedia dengan berat hanya 535 gram, pelbagai kemungkinan boleh berlaku.

“ Apapun, saya dan suami kuatkan hati, tak putus berdoa dan berusaha mengharapkan keajaiban daripada Allah sebab Allah Maha berkuasa ke atas makhluk-Nya,” katanya.

Menerusi perkongsian Abby di Instagram, buat masa ini dia mengharapkan orang ramai untuk turut sama mendoakan keadaan anaknya itu.

“ Tiada apa yang saya harapkan daripada sahabat di sini. Mohon teruskan doa untuk anak kami.

“ Hanya doa boleh ubah takdir dia. Ikutkan takut nak berkongsi keadaan anak tetapi kalau tak kongsi tiada pula yang mendoakan untuk anak kami nanti,” katanya.

Sebelum ini, Harian Metro melaporkan anak Abby menunjukkan perkembangan positif selepas dimaklumkan mengalami pendrahan dalam paru-paru.

Anak Abby hasil perkongsian hidup dengan Faizal Zakaria itu ditempatkan di Unit Rawatan Rapi Neonatal (NICU), Hospital Sungai Buloh selepas dilahirkan pada 27 September lalu.

Pasangan yang berkahwin pada 14 Ogos 2015 itu turut mempunyai dua angkat, Muhammad Daiyan Fayyad dan Maisara Dayana Fathia.

Terdahulu suami pelakon itu, Faizal Zakaria, berkata doktor memaklumkan, perkembangan kesihatan anak lelaki mereka semakin memberangsangkan.

“ Pagi tadi, Abah dan Mama ke NICU menghantar susu. Sempat berbual-bual dengan doktor. Baby Danial ada peningkatan positif, (dan) pendrahan paru-paru pun sudah tiada.

“ Syukur sangat Allah Maha Mendengar semua doa mereka yang sayangkan Baby Danial. Malam ini, insya-Allah Abah datang jumpa Baby lagi.

“ Abah rindukan Baby Danial. Moga Baby terus sihat, terus kuat. Ramai yang tak sabar nak jumpa Baby,” katanya menerusi perkongsian di Instagram, semalam.

Sementara itu, dalam perkongsian sama, Faizal turut mendedahkan nama anak mereka iaitu Muhammad Danial Firman Faizal.

Terdahulu, Abby selamat melahirkan bayi lelaki itu pada 27 September lalu secara pembdahan selepas mengalami ‘turun drah’ disebabkan tekanan drah tinggi.

Apa Kata Anda? Dah Baca Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih.

Sumber : hmetro