Mahu Rasa Seakan Ada Ibu Di Sisi Pemuda Sunting Imej Ar wah Ibu Pada Foto Konvokesyen

Kesedihan yang paling perit bagi seorang anak untuk ditelan, ialah terpaksa meneruskan kehidupan tanpa ibu disisi, dimana tempat kita bermanja dan mencurah kasih.

Kehilangan itulah yang terpaksa dihadapi oleh seorang pemuda dikenali sebagai Muhammad Fahmi Naquib, mengenai kisah foto konvokesyennya bersama arwah ibu.

Foto yang awalnya dimuat naik di laman Instagram miliknya, memaparkan imej dirinya bersama ibu dan bapa ketika di majlis konvokesyen.

Namun, sebenarnya jika dilihat semula, imej ibunya adalah hasil suntingan sahaja. Hakikatnya, ibu pemuda ini sudah meninggal dunia pada 26 Mac 2018 akibat komplikasi buah pinggang.

“MAK DAH MENINGGAL DUNIA, CUMA SAYA SUNTING GAMBAR MAK DALAM FOTO JADI SEOLAH-OLAH MAK ADA PADA MAJLIS KONVOKESYEN SAYA…”

Merupakan anak bongsu dalam keluarga, sudah pasti graduan Diploma Teknologi Elektronik sangat rapat dan manja dengan arwah ibunya.

Namun, dia kurang bergambar kerana tidak berkeyakinan jadi tidak banyak gambar terbaru bersama arwah ibu, kerana kebanyakkan sudah dipadam.

“SAYA DARI KECIL TAK SUKA BERGAMBAR MALU, TAPI MAK SELALU AJAK BERGAMBAR. JADI KALAU GAMBAR TU NAMPAK SAYA BURUK SAYA TERUS PADAM…”

Disebabkan itulah, kini hanya tinggal gambar lama buat pengubat rindu pada arwah ibu yang dikenali sebagai Allayraham Zarina Haron. Malah, ada juga gambar lain yang disunting sebagai kenangan dirinya bersama arwah ibu.

“BILA ADA GAMBAR EDIT ITU RASA SEOLAH-OLAH MAK DISISI. SAYA SENTIASAKAN DOAKAN ARWAH MAK DAN HARAP SIAPA YANG TENGOK JUGA SEDEKAH AL-FATIHAH UNTUK MAK…”

Itulah rindu yan tiada penghujung, walaupun sudah lebih setahun pemergian ibu, namun Fahmi tidak melupakan segala pesanan arwah kepadanya. Semoga roh ibunya ditempatkan dalam kalangan hamba yang beriman.

Sumber : mStar