Perut Berangin Hingga Susah Nak Bernafas, Ingatkan GASTRIK.. Rupanya Bukan

Tanda-tanda sakit perut yang wanita ini, Ummi Nadia alami disangkanya disebabkan gastrik. Perut jadi berangin, berhari-hari. Makan ubat baik, nanti datang lagi. Sampai satu tahap dia jadi susah nak bernafas.

Bila dah tak tahan sangat, air mata pun dah habis melimpah keluar.. ibu ini usahakan dapat rawatan ke hospital swasta. Rupanya, sangkaan sakit gastrik yang dialami meleset sama sekali. Itulah simptom Hiatal Hernia. Yang mana, katanya jika tak ditangani awal boleh membawa sakit Gerd.

Perut Berangin Hingga Susah Nak Bernafas, Ingatkan Gastrik.. Rupanya Bukan

Kongsinya,

Alhamdulillah selesai sudah endoscopy.

Nadia 1st time kene sakit macam gastrik ni 4-5 bulan. Kerap sangat. Dua minggu sekali kena.

Pergi cek klinik doctor kata gastrik. Inject baik.
Sakit lagi pergi klinik, inject baik. Dan selalu bila kena macam tu Nadia minum soya sekotak besar terus reda.

Tapi hari Sabtu lepas (ketika status dimuatnaik), Nadia kena pukul 2 pagi.
Makan Gaviscon ok, tapi pukul 6 pagi dia mai lagi sakit. Senak rasa nak mati. Susah sangat cari nafas, siap pakej muntah lebih 10 kali pagi tu. Pergi klinik inject, baik reda sekejap.

Doc tanya ada makan apa-apa tak buat jadi gastrik? Nadia cakap tak ada makan pedas / takde lewat makan. Doc pun pelik jugak.

Tapi pukul 2 petang, perut dah tunjuk rasa tak sedap. Berangin. Tapi masih under control. Continue makan ubat je.

Perut Berangin Hingga Susah Nak Bernafas, Ingatkan Gastrik.. Rupanya Bukan

Lepas Dua Hari, Sakit Perut Berangin Attack Balik

Lepas 2 hari, malam tadi Isnin (ketika posting dimuatnaik) Nadia tengah stress. Memang ngam lepas nangis sebab stress tu. Pukul 12 malam, Tiba-tiba dia slowly attack. Dah makan ubat siap-siap dah.

Mula mula berangin, sampai la rasa susah nak nafas. Meringkuk Nadia cari nafas. Makan ubat doc yang dari klinik Sabtu lepas / Gaviscon / minum susu… semua tak jalan. Duduk tak kena. Baring tak kena. Pendek kata memang tak selesa.

Rasa nak mati dah. Tak cukup nafas. Siap pakej kaki tangan shaking, bila berdiri ada rasa nak tumbang. Kadang dia tarik sekali sakit pinggang belakang.

Perut Berangin Hingga Susah Nak Bernafas, Ingatkan Gastrik.. Rupanya Bukan

Ingat Gastrik Rupanya Bukan

Nadia terus pergi private hospital bahagian emergency pukul 4.30 pagi. Doc suruh puasa. Pukul 8 terus pergi buat scope masuk camera dalam mulut. After scope buat ultrasound. Alhamdulillah servis pantas.

Dari pukul 12 am sampai 8 pagi Nadia hidup dalam keadaan nafas tak cukup. Memang meleleh je air mata.

Pukul 12 tengah hari result dah keluar, pakar mai datang explain. Ni bukan gastrik. Ni hiatal hernia. Ingat hernia je.
Ni lagi teruk dari gastrik.

SALURAN TU MACAM DAH LONGGAR DAN MERAH MERAH SEKITAR DINDING. SEBAB TU ASID BOLEH NAIK. KALAU TAK JAGA, BOLEH JADI GERD.

Gerd lagi bahaya. Injap dah longgar teruk.

Doc kata,
1. Makan tak leh terlalu kenyang sangat
2. Tak leh lambat makan
3. Makan kene tunggu reda 2 jam baru boleh tidur.
4. Makan pedas pun boleh jd faktor sebab berasid.
5. Stress pun antara punca. Sebab jus acid tu boleh rembes keluar

Perut Berangin Hingga Susah Nak Bernafas, Ingatkan Gastrik.. Rupanya Bukan

Kalau Tak Jaga Pemakanan, Boleh Dapat GERD

Dua hari check in private hospital.
Ramai kata hospital ni antara yang termurah.

Lepas dah buat endoscopy masuk camera dalam mulut + ultrasound
Doctor diagnos Nadia ada hiatal hernia.

LAGI TERUK DARI GASTRIK. KALAU ORANG RASA GASTRIK DAH TERUK. YANG NI LAGI TERUK SEPARUH MATI.

Hiatal hernia ni Injap dah longgar. Tak boleh nak ketat dah. Tapi tak selonggar Gerd

Kalau tak jaga lifestyle dan pemakanan dari sekarang. Boleh dapat Gerd,
Lagi susah… boleh bawa maut.

Bila injap dah longgar, salah makan sikit asid boleh terus naik. Tak makan asid naik, terlebih makan asid naik, makan pedas asid naik, stress pun asid naik.

Perut Berangin Hingga Susah Nak Bernafas, Ingatkan Gastrik.. Rupanya Bukan

Sakit Ni Dah Mula Famous Kat Malaysia

Kalau hospital lain yang dah dikenali/ada nama mungkin mahal kut eh?

Siang tadi nadia dah discharge.

Tapi bila tiba dah malam ni,
Nadia takut nak tidur.

Korang yang suka makan pedas, dah boleh control makan.
Korang yang suka makan berlebihan, dah boleh control makan.

Doctor cakap, sakit ni dah mula famous kat Malaysia. Sebab orang Malaysia ni kerjanya makan je. Makanan viral sikit pi makan.

Sebelum ni Nadia diet ok je.
Tapi 2 minggu ni, nadia memang tak jaga makan.
Seminggu ni bantai makan pedas
Kuah banjir pulak.
Sekali mendapat.

Dah terlambat ye kawan kawan.

MW : Sila hadam baik-baik pesanan Puan Nadia ini ya. Kena jaga makan dan gaya hidup kita dari sekarang, agar jadi lebih sihat dan bebas sakit-sakit.

Sumber/Foto : Umminadiaaa via mingguanwanita