Bapa Terkedu Lihat Penutup Lubang Terbuka Dan Lihat Selipar Anak Terapung Dalam Air

Lubang kumbahan di Kuarters Balai PoIis Pasir Puteh, di Ipoh, sememangnya ditutup sepanjang masa.

Namun, ia dipercayai dibuka oleh kumpulan kanak-kanak termasuk empat beradik sehingga seorang daripadanya mavt selepas lmas akibat terjtuh ke dalam lubang itu.

Ketua PoIis Daerah Ipoh, Asisten Komisioner A Asmadi Abdul Aziz berkata, siasatan awal mendapati penutup lubang itu adalah jenis yang boleh dibuka dan pemantauan sebelum ini mendapati ia sentiasa tertutup.

“ Lubang itu bertutup dan ia dipercayai dialihkan oleh kumpulan kanak-kanak petang semalam yang bermain di kawasan berkenaan, jadi lubang itu bukan dibiarkan tanpa ditutup.

“ Siasatan mendapati lubang itu tidak ditutup sejak petang semalam dan ia adalah satu kmlangan,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui di Jabatan Frnsik Hspital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) di Ipoh, hari ini.

Dalam kejadian kira-kira 8 pagi itu, Muhamad Anas Hadif Ahmad Hafiz ditemui lmas selepas dipercayai terjtuh ke dalam lubang kumbahan ketika bermain dengan dua lagi abangnya di kawasan kuarters berkenaan.

Sementara itu, jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan jam 8.16 pagi.

Sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Pasir Puteh kemudiannya bergegas ke lokasi kejadian

Katanya, sebaik tiba pihaknya mendapati terdapat seorang kanak-kanak lelaki terjtuh ke dalam lubang kumbahan sebelum anggota menggunakan pam untuk mengeluarkan air kumbahan bagi memudahkan myat dikeluarkan.

“ Myat mngsa kemudiannya diserahkan kepada poIis untuk tindakan lanjut sebelum operasi ditamatkan jam 9.36 pagi,” katanya.

Sementara itu suasana pilu menyelubungi Jabatan Forensik Hspital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) sebaik tiga beradik dibawa melihat jnzah adik bongsu mereka yang mavt selepas terjtuh ke dalam lubang kumbahan di Kuarters Balai PoIis Pasir Puteh, di Ipoh, hari ini.

Ketiga-tiga beradik itu, Mohamad Syafiq Ahmad Hafiz,10; Muhamad Syakir Zufairi,7; dan Muhamad Asyraf,6, dilihat mer4ung dan menangis selepas melihat jnzah adik mereka Muhamad Anas Hadif, 3.

Suasana menjadi semakin sebak sebaik Mohamad Syafiq dilihat merapatkan dirinya ke dinding dan menangis sebelum ia ditenangkan ahli keluarga, manakala dua lagi adiknya dilihat menutup muka mereka.

Dalam kejadian kira-kira 8 pagi itu, myat Muhamad Anas Hadif ditemui di dalam lubang kumbahan selepas dipercayai terjtuh ke dalam lubang itu ketika bermain dengan dua lagi abangnya di kawasan kuarters berkenaan.

Bapa mngsa, Lans Koperal Ahmad Hafiz Mustafa,32, berkata, ketika kejadian, dia bersama isteri berada di dalam rumah mereka di kuarters berkenaan, manakala tiga anaknya itu bermain di kawasan hadapan kuarters.

Katanya, dia dikejutkan dengan jritan anak ketiganya iaitu Muhamad Asyraf menyebabkannya terus keluar untuk melihat apa yang berlaku sebelum mendapati anak bongsunya tiada bersama-sama dua abangnya itu.

“ Pada mulanya saya menyangkakan anak saya dilanggar kenderaan kerana mendengar abangnya menjrit, namun saya terkejut apabila melihat anak bongsu saya sudah tiada dan mencarinya di sekitar kawasan.

“ Saya kemudiannya melihat ke dalam lubang kumbahan yang mana lubang penutupnya sudah terbuka dan melihat selipar anak saya terapung di dalam air kumbahan berkenaan,” katanya ketika ditemui di Jabatan Frnsik HRPB, di Ipoh, hari ini.

Apa Kata Anda? Dah Baca Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih.

Sumber : hmetro