Hati kental hadiri majlis sanding bekaas teman wanita Lihat apa reaksi suaminya

Setiap pasangan yang  bercinta pasti ingin menamatkan hubungan istimewa ke jinjang pelamin. Malangnya, konflik yang berlaku kadangkala menjejaskan hubungan sehingga akhirnya menemui jalan perpisahan.

Namun, perpisahan bukanlah penghalang untuk bersahabat semula. Ada sahaja orang di luar sana yang tenang berbaik semula dengan bekas teman istimewa masing-masing. Baru-baru ini di Twitter, tindakan seorang pemuda yang begitu kental bertandang ke majlis perkahwinan bekas teman wanitanya telah meraih perhatian netizen.

Rakaman video yang dikongsikan oleh rakan baik pemuda berkenaan iaitu Nurhanis Natasha  @Theroutinesya sejak 3 hari lalu, video berdurasi 8 saat itu sudah mendapat 7ribu retweet dan lebih 6000 tanda suka. Walaupun wajahnya kelihatan begitu tenang sekali di hari bahagia berkenaan, namun gelodak hatinya ketika itu siapalah yang tahu kan?

Bila diperhatikan, dia seolah-olah mengumpul kekuatan untuk berhadapan situasi tersebut. Saat mereka berdua semakin hampir, dia terus menoleh ke belakang sebelum mengambil keputusan berjabat tangan dengan suami kepada bekas teman wanitanya itu.

Pengantin lelaki itu sempat juga membuat simbol tangan peace dan tersengih manis. Kedua-duanya tenang sewaktu bersua muka. Di hujung video, pemuda tersebut terus mengajak mereka menangkap gambar bersama!

Sementara itu, pemuda yang dimaksudkan iaitu Yushazelan ketika dihubungi memberitahu, hubungannya bersama bekas teman wanitanya hanyalah sebagai kawan sahaja dan tidak simpan perasaan antara satu sama lain.

“Saya dah lama putus hubungan dengan dia dan kami hanya berkawan. family dia pun rapat juga dengan saya. Kami pun tiada masalah apa-apa.

“Soal jodoh itu, dah tertulis jodoh dia dengan suaminya yang sekarang. Waktu saya datang majlis perkahwinan dia, dia pun nampak terkejut tengok saya datang.

“Pada mulanya, ikutkan saya tak nak pergi tapi saya fikir keluarga dia baik dengan saya dan kenapa saya perlu gaduh kan sedangkan kami baik aje.

Mendapat lebih daripada 350,000 jumlah tontonan, rata-rata netizen nampaknya merasa kagum kerana dia begitu kental menghadiri majlis tersebut. Kalau orang lain, mungkin ada yang memilih untuk tidak hadir terus agaknya. Bukan sahaja berharap agar pemuda ini terus kuat dan dikurniakan pengganti lain kelak, mereka sempat juga berseloroh di ruang komen posting ini.

Tak salah pun kalau nak datang wedding ex  janji yg dah berbaik yg sepakat jadi kawan la. gitu matang laa. Yg spill tea pasal ex tu, tu kanak kanak  Aku kahwin rilek je ex aku jadi pengapitt , dia jadi org kuat majlis aku. tuptup dah bercinta ng kawan baik aku skrg.

Hanya yang pernah melaluinya in real life saja faham. You are truly one in that kind bro.

Fuhhh sedih betol neyy.. Hahaha nasib ko kuat tahan sado sikit .

Sumber: kisah dunia&informasi viral