Reaksi Spontan Neeta Peluk Han Byul Kurang Disenangi Ramai Namun Semua Terdiam Apabila Dia Tampil Jelaskan Perkara Sebenar

Big Stage merupakan sebuah program pertandingan nyanyian berbentuk realiti terbaru yang menampilkan angkatan bakat muda yang kini popular dengan jolokan ‘Budak Baru Nak Up (BBNU)’ & ‘Dominasi BBNU’ dalam kalangan penggiat industri hiburan tempatan mahupun antarabangsa.

Seperti sudah dijangka peserta kegemaran ramai, Han Byul, diumumkan sebagai juara Big Stage 2019. Bagaimanapun, ramai yang tidak berpuas hati dengan kemenangan peserta dari Korea itu.

Malah, ramai yang mempertikaikan mengapa orang luar boleh memenangi pertandingan tersebut dan sepatutnya kemenangan diberikan kepada penyanyi dari Malaysia. Tidak kurang juga, ada yang menyindir pihak penyiar kerana memberikan kejuaran kepada orang orang luar.

Aksi spontan penyanyi Neeta Manisha memeluk Han Byul selepas pengumuman pemenang di Konsert Akhir Big Stage musim kedua yang berlangsung pada Ahad lalu mengundang rasa kurang senang penonton.

Enggan membiarkan isu ini terus menjadi perbualan netizen, Neeta, 25, menjelaskan dia dan Han Byul bukan beragama Islam dan hubungan mereka rapat sejak awal pertandingan lagi.

Tindakan Neeta dan Han Byul berpelukan ketika program itu sedang bersiaran langsung dikatakan kurang sopan dan tidak sesuai dipertontonkan kepada umum.

Semasa dia peluk itu takkan saya nak tolak pula kan? Lagipun setiap kali berjumpa kami memang akan berpeluk sebagai kawan dan tak lebih daripada itu. Lapan minggu kami bersama, hubungan itu semakin rapat.

“Saya ingin jelaskan… kalau yang belum tahu, saya bukan Muslim sama seperti Han Byul, benda (berpeluk) tu bukan saya nak kata salah atau betul.

“Saya harap tak ada yang tersinggung, mungkin orang tak tahu kami bukan Muslim dan dalam hal ini saya tak salahkan penonton!,” katanya.

Pada pentas akhir Big Stage Han Byul dinobatkan sebagai juara, manakala Neeta menduduki tempat kedua, diikuti Adzrin dan Irfan Haris.

Peserta tunggal dari Indonesia iaitu Dinda Permata di tempat kelima. Sementara itu, penyanyi berdarah kacukan Cina dan India ini meminta netizen menggunakan media sosial dengan cara berhemah dan menyebarkan perkara positif.

Kalau boleh gunakan internet untuk menyebarkan benda-benda positif. Kuasa internet ini besar dan satu tulisan negatif akan dibaca oleh ramai orang.

“Nak tegur tu boleh tapi gunakan ayat yang baik. Kalau kita tak tahu lebih baik bertanya, saya harap selepas ini kalau nak tulis di media sosial janganlah marah-marah atau garang-garang ya!,” ujarnya.

Dalam perkembangan lain, vokalis kumpulan IamNEETA ini memberitahu selepas tamat program tersebut dia akan mempromosikan single terbaharu berjudul Ruang Mimpi.

Seramai 12 bintang BBNU yang terdiri daripada 6 bintang lelaki dan 6 bintang wanita bersaing dan berentap di pentas utama Big Stage yang berlangsung selama 8 minggu untuk musim kedua. Tambahan pula, ia menyaksikan pelbagai negara luar yang bertanding iaitu dari Indonesia, Korea Selatan, Brunei dan juga dari Thailand. Peserta lelaki terdiri daripada Adzrin, Aziz Harun, Han-byul, Irfan Haris, Kucaimars dan Santesh. Manakala peserta perempuan ialah Chaleeda, Dinda Permata, Fieya Julia, Neeta, Sheryl Shazwanie dan Syada Amzah.

Seorang ikon tersohor tanah air iaitu Dato’ Sri Siti Nurhaliza & Cakra Khan bergilir-gilir bersama Judika telah dilantik sebagai juri tetap rancangan ini. Sementara itu, seorang juri jemputan juga akan diundang khas secara bergilir pada setiap minggu untuk menyertai juri tetap untuk mengadili persembahan. Alif Satar dan Sherry Alhadad menggalas tugas sebagai pengacara konsert mingguan Big Stage. Live Plus Big Stage pula, Radin yang merupakan Personaliti dari ERA bergandingan bersama Sissy Imann menjadi pengacara untuk belakang tabir manakala Studio Big Stage dikendalikan oleh Hani Fadzil yang juga Personaliti dari ERA menjadi pengacara untuk kapsul harian serta perkembangan bintang-bintang Big Stage membuat persiapan dan latihan menjelang konsert mingguan.

KreditSumber:Mstaronline