Mengawan Dengan 5 Ekor Kucing 1 Malam, Kucing Jantan Tak Bermaya Terpaksa Dimasukan Air Untuk Pulih Tenaga

Seekor kucing terpaksa diberikan drip glukosa selepas mengawan dengan sekurang-kurangnya 5 ekor kucing betina dalam masa hanya satu malam ketika dilepaskan dari sangkarnya oleh petugas hotel haiwan.

Xiaopi, kucing yang berbaka Russian Blue telah ditinggalkan di hotel tersebut oleh tuannya, Zhao, di Wilayah Guangdong yang terletak di Selatan China.

Menurut Zhao, dia sudah memaklumkan kepada pihak hotel bahawa Xiaopi masih belum dimandulkan lagi.

Zhao mula menyedari bahawa Xiaopi telah dilepaskan dari sangkarnya pada keesokan harinya selepas petugas hotel haiwan tersebut pulang ke rumah.

‘Saya ingat mereka profesional, namun salah seorang daripada pekerja hotel itu tidak memberi Xiaopi makan pada waktu siang dan telah melepaskannya dari sangkar pada waktu malam’, tulis Zhao menerusi media sosialnya.

“Ye betul, kesemua kucing dibiarkan bebas untuk berlegar di kawasan premis dan kemudiannya pekerja tersebut balik.”

“Di antara pukul 10.40pm dan 5am, kucing saya telah mengawan dengan 5 ekor kucing betina. Itu baru hanya jumlah yang saya dapat tengok pada video kamera rakaman litar tertutup.”

Zhao mendakwa bahawa pekerja hotel tersebut telah menyalahkannya atas kejadian yang berlaku dan merungut bahawa sesetengah daripada pemilik kucing betina yang lain tidak merancang pun untuk kucing mereka melahirkan anak lagi.

“Mereka menunjukkan kekecewaan terhadap saya dan menyuruh saya menerangkan situasi yang berlaku kepada pemilik-pemilik kucing betina tersebut,” katanya.

“Kucing saya sedang dalam keletihan sehingga perlu diberikan glukosa, dan semua ini salah saya?”.

Zhao kemudiannya mendedahkan bahawa hotel haiwan tersebut telah meminta maaf dan menawarkan untuk membayar kos rawatan yang dikenakan ke atas Xiaopi.

“Mereka akan membayar pampasan kepada kesemua pemilik kucing yang bunting sebanyak 500 Yuan (RM293), dan berjanji untuk menjual anak kucing yang bakal dilahirkan bagi pihak mereka.

“Pemilik kucing yang lain turut memberitahu pada saya bahawa mereka akan memberi anak kucing atau 1,000 Yuan (RM586) jika kucing milik mereka itu bunting.” Kata Zhao.

Harga seekor kucing yang berbaka Russian Blue boleh mencecah sehingga ke RM5,167.

Zhao menyatakan bahawa Xiaopi telah berjaya pulih daripada keletihannya itu dan berada di dalam keadaan yang stabil.

Sumber: Daily Mail