Amar Asyraf jawab tuduhan jalin hubungan su lit. Rupanya ini lah cerita nya

PENDEDAHAN seorang wanita dikenali sebagai Ellika Azman yang mendakwa menjalinkan hubungan dan hampir berkahwin dengan pelakon Amar Asyraf menjadi bualan hangat netizen.

Namun kata wanita berkenaan, dia membatalkan keinginannya itu selepas mengetahui pelakon Tanah Kubur tersebut sudah mempunyai dua isteri.

Sehubungan itu mStar menghubungi Amar sendiri bagi mendapatkan penjelasannya berhubung dakwaan berkenaan.

Kata Amar, dia sedang berbincang dengan isterinya, Arna Salleh dan dalam proses menyelesaikan masalah rumah tangganya tanpa campur tangan pihak luar.

Ellika turut memuat naik foto dan video mesra mereka di Instagram.

“Saya dah berbincang dengan isteri, kami tidak mahu libatkan pihak luar. Biar kami saja yang selesaikan masalah yang timbul ini.

“Buat masa sekarang, saya tak dapat nak beri komen lebih lanjut. Benda ini pun melibatkan maruah keluarga dan kami pun akan ambil tindakan seterusnya.

“Saya berharap orang luar tidak buat apa-apa spekulasi dengan hanya mengetahui satu cerita sahaja,” kata Amar ketika dihubungi mStar pada Khamis.

Saya berharap orang luar tidak buat apa-apa dengan hanya mengetahui satu cerita sahaja. – AMAR ASYRAF

Sebelum ini, beberapa portal hiburan melaporkan mengenai pendedahan seorang wanita yang mengakui mempunyai hubungan sulit dengan pelakon itu sejak September tahun lalu.

Menerusi pendedahan itu, Ellika berkongsi kronologi cinta mereka bersama beberapa keping foto dan video mesra yang dirakam pada tahun lalu.

Walaupun tidak menyatakan nama, namun video dan foto yang dikongsikan jelas terpapar wajah Amar Asyraf.

“September 2018, hubungan saya dengan seorang lelaki ini yang berstatus suami orang bermula. Saya tahu benda ini memang salah dan tidak sepatutnya berlaku.

“Sampailah Mac, dia datang jumpa keluarga saya minta restu selepas itu benda ini berterusan dan jadi lebih serius sampailah kami buat keputusan untuk bernikah yang sepatutnya berlangsung minggu hadapan.

“Saat akhir dapat tahu, dia ada seorang lagi isteri dan seorang lagi anak daripada perkahwinan kedua. Benda yang paling saya terkilan dan sedih, dia abaikan tanggungjawab dia sebagai suami dan bapa sejak bayi itu dilahirkan,” tulisnya.

SUMBER – mstar