“Bukan Senang Nak Dapatkan Azlee, Sampai Saya Terpaksa…” – Mamat Sepah Hampir Kecewa Dengan Azlee Senario

Mamat Sepah mengakui hampir kecewa apabila pelawak senior, Azlee Senario menolak pelawaannya dan Acong untuk menyertai Maharaja Lawak Mega (MLM) 2019.

Mamat berkata, walaupun Azlee beberapa kali menolak pelawaannya dan Acong, mereka tidak berputus asa sebaliknya terus bertekad untuk mendapatkan pelawak berpengalaman tersebut.

“Mula-mula saya minta Acong hubungi Azlee, tetapi Azlee minta Acong telefon semula beberapa hari selepas itu kerana dia mahu mempertimbangkan pelawaan kami.

“Tetapi Azlee tidak membalas panggilan kami. Saya dah mula risau kerana pihak produksi pula dah tanya.

“Selepas beberapa kali mencuba pun, Azlee masih tidak setuju untuk bersama kami dan jalan terakhir  saya ialah melakukan solat hajat,” katanya.

Katanya, dia dan Acong akhirnya mengalah tetapi dalam masa sama meminta Azlee untuk hadir pada sesi penggambaran promo.

“Kami kecewa sangat masa tu, dah sedih dah sebab pelawak idola kami tak mahu bersama. Tetapi, pada hari penggambaran Azlee telefon dan beritahu dia dalam perjanan ke studio.

Acong akan bersama Mamat dan Azlee Senario bersama dalam Stone“Ketika itu, saya dan Acong rasa macam satu ‘kemenangan’ besar kerana pelawak senior yang dah layak bergelar juri macam Azlee sudi bersama kami,” katanya.

Tambah Mamat dia terharu apabila Azlee memberitahu berubah fikiran untuk bersamanya dan Acong kerana melihat kesungguhan mereka.

“Alhamdulillah, impian saya untuk bersama idola tercapai. Saya harap peminat MLM dapat menerima kehadiran kami dan kami akan cuba melakukan yang terbaik untuk anda semua,” katanya.

MLM 2019 bakal membuka tirainya bermula 1 November ini selepas MLM 2019 – Kerusi Panas bersiaran pada 25 Oktober nanti.

Bakal bersiaran selama 11 minggu, MLM 2019 mengekalkan pengacara tersohor dan versatil tanah air, Datuk AC Mizal sebagai pengacara buat kali kelapan.

MLM boleh ditonton di Astro Warna (saluran 132), Warna HD (saluran 124) dan boleh distrim melalui platform Astro GO dan On Demand untuk pilihan lebih fleksibel.

Program ini akan bersiaran secara langsung dari Royal Theater, Shah Alam.

Akhirnya Didedahkan! Ini Senarai Peserta Maharaja Lawak Mega (MLM) 2019

Pertandingan realiti komedi popular, Maharaja Lawak Mega (MLM) kembali untuk edisi 2019 mulai 1 November ini

Istimewanya, musim ini bakal memperkenalkan satu episod pengenalan yang diberi nama ‘MLM 2019 – Kerusi Panas atau Hot Seat’ dan akan bersiaran seminggu lebih awal iaitu pada 25 Oktober.

Episod tersebut menampilkan Nabil Ahmad sebagai hos, bersama tiga juri yang bakal menghakimi para peserta, terdiri daripada sutradara Sabri Yunus, pelakon Fasha Sanda dan penerbit David Teo.

MLM 2019 bersiaran selama 11 minggu, secara langsung dari Royal Theater, Shah Alam di saluran Astro Warna (saluran 132) dan Warna HD (saluran 124).

Menerusi atas talian boleh diikuti di platform digital rasmi, Astro GO dan On Demand.

Sekali lagi Datuk AC Mizal diberi mandat mengemudikan MLM buat kali yang kelapan.
Antara penyertaan peserta yang menarik perhatian, termasuk pembabitan semula pelawak Mamat Sepah, menerusi kumpulan Stone bersama Azlee Senario dan Acong.

Tidak ketinggalan, kumpulan J-Born yang juga pemegang trofi panas juara Muzikal Lawak Superstar musim pertama, baru-baru ini.

Berikut senarai penuh peserta MLM 2019.


SENARAI PENUH RASMI PESERTA MAHARAJA LAWAK MEGA 2019 (MLM 2019)

  • J-Born (Joey Daud, Vicha, Khir Rahman)
  • Stone (Mamat Sepah, Azlee Senario, Acong)
  • Zero (Atu, Sharif, Syaiful)
  • Bocey (Fad, Achey, Abam)
  • Jambus (Tauke Jambu, Tapai Kiut)
  • Puteh (Ali, Mamak, Man Raja Lawak)
  • Rare (Ropie, Ajak Shiro, Ilya Sepahtu)
  • Rojak (Rahim Sepahtu, Bell Ngasri, Chiwan Chilok)
  • Rahmat (Peserta solo dari Indonesia)
  • Popon (Peserta solo dari Indonesia)
  • Cali (Peserta berkumpulan dari Brunei – Khai, Tonny)

Kredit: Astro Gempak / Iluminasi