Gadis Berhijab Rasa Bangga Dan Bersyukur Ke Hadrat Illahi Selepas Dipeluk Artis Barat

Hari ini kita menyaksikan akhlak semakin direndahkan dalam pendidikan jati diri oleh sebahagian masyarakat. Kita juga dapat melihat sifat jujur dan amanah semakin dipinggirkan sehingga mengakibatkan kejahatan seperti penipuan, rasuah dan salah guna kuasa. Media memaparkan laporan berita keruntuhan akhlak daripada remaja hingga dewasa. Inilah akibat lunturnya adab kesopanan dan tatasusila apabila jiwa insan tidak disuntik pendidikan akhlak walaupun memiliki kelulusan akademik tinggi.

Beberapa tahun lepas, kecoh di media sosial seorang gadis dipeluk dan dicium ahli kumpulan kpopterkenal kegemarannya. Peminat fanatik tersebut dikecam teruk oleh netizen. Ramai beranggapan bahawa tindakan itu tidak menggambarkan kesopanan kerana gadis tersebut bertudung.

Terbaru, seorang gadis telah memuat naik satu foto berpelukan bersama artis kesayangannya Shawn Mendes yang baru-baru ini mengadakan konsert di Malaysia. Kapsyen yang dimuat naik yang menyebut ‘Alhamdulillah’ menambah lagi kemarahan netizen.

ALHAMDULILLAAAHH.. THANK ALLAH, LINETODAY AND PKENTERTAINMENT.ID THAT HAS GIVEN ME A CHANCE TO MET HIM IN PERSON. HELL YAA! MY DREAM CAME TRUUUEEE GUYS!

Diruang komen gadis tersebut penuh dihujani kecaman netizen kerana tindakan gadis itu seolah-olah mempersendakan agama dan menjatuhkan martabat gadis bertudung.

Buat benda haram pun sebut nama Allah

Jiwa yang subur dengan ilmu akan berusaha mencari reda Allah dan sentiasa berwaspada dengan azab serta hukuman perbuatan buruk terhadap Allah dan makhluk lain. Kepekaan kepada kehidupan akhirat inilah yang menjadikan seseorang mudah untuk patuh kepada undang-undang dan hukuman yang mengikat masyarakat sejahtera.

Penting sebagai Muslim untuk belajar mendidik diri dan orang di bawah tanggungjawab kita dengan cara Islam menerapkan pendidikan akhlak. Terdapat tiga bentuk jiwa manusia yang digunakan dalam pendidikan akhlak. Pertama, nabatiyah atau jiwa tumbuhan; kedua, haiwani (jiwa kehaiwanan) dan ketiga akli (jiwa roh).

Jiwa tumbuhan bererti ia memerlukan makan, tumbuh dan hidup seperti sifat manusia. Demikian pula perumpamaan manusia dengan sifat kehaiwanan bergerak dan mempunyai keinginan seperti nafsu syahwat serta sifat takut.

Jiwa roh ialah qalbu atau hati. Di bahagian inilah, perhatian khusus diberikan dalam mendidik jiwa manusia untuk kekal berakhlak dengan sifat terpuji.

Kredit:SinarViral