Ada hamba Allah beri hadiah tudung cuba pakaikan kat Ainul dia selesa je

Walaupun telah menjalani pembedahan akibat ketumbuhan kanser Germ Cell Tumor pada Mei lalu, ramai ternanti-nanti perkembangan terbaru mengenai Ainul Mardhiah.

Setiap posting yang dikongsi oleh bapa, Ahmad Safiuddin dan ibunya Nurul Erwani Zaidi di laman media sosial pasti menjadi perhatian warga siber.

Terbaru, Ahmad Safiuddin memuat naik beberapa keping gambar bayi berusia 14 bulan itu yang kelihatan comel memakai tudung berwarna ‘peach’.

https://web.facebook.com/ahmadsafiuddinahmadrazak/posts/2770686612955179

“Ada hamba Allah SWT beri hadiah tudung kepada Ainul. Cuba pakaikan Ainul, terasa macam muka Walid (bapa) versi perempuan pulak,” katanya.

Bagi Nurul Erwani pula, dia teruja menerima bungkusan hadiah tersebut malah itu juga merupakan cubaan pertama kali memakaikan tudung untuk anaknya.

“Waktu buka parcel tadi terkejut tengok ada tudung untuk Ainul. Terus teruja nak pakaikan pada Ainul. Pertama kali cuba pakaikan tudung untuk Ainul. Ainul pun selesa je pakai,” katanya.

Semoga sentiasa sihat

Rata-rata netizen memuji kecomelan Ainul dan mengucapkan syukur setelah bayi berkenaan nampak semakin membesar dengan sihat.

Comelnya anak solehah ni..

Kredit: Ahmad Safiuddin , Nurul Erwani via OMM