Ditduh b0lot semua hasil wang sumbangan dan reaksi balu Mejar Zahir tampil perjelas hal sebenar

Dituduh bolot semua hasil wang sumbangan. Balu Mejar Zahir tampil perjelas hal sebenar
Menerusi laporan Harian Metro, balu arwh Mejar Zahir tampil perjelaskan hal sebenar berhubung hasil duit sumbangan yang diterima

Ikuti laporannya dibawah.

SUNGAI PETANI: “Saya bukan seperti disangka, malah sama sekali tidak pernah lupakan anak dengan bekas isteri aruwah,” kata Nour Shafinar Harun, 31.

Balu Allahyrham Mejar Mohd Zahir Armaya itu berkata, dia kesal dan terkilan apabila dituduh merampas hak anak aruwah.

Menurutnya, disebabkan kenyataan berat sebelah, dia dikeji seolah-olah dirinya menafikan hak anak aruwah dengan bekas isterinya.

“Saya dianggap membolot semua hasil wang sumbangan, sedangkan saya menerangkan perkara itu kepada pihak bekas isteri dan keluarga mentua sebelum ini.

“Ada sumbangan belum diterima, bagaimana saya dapat serahkan selain perlu menguruskan pelbagai hal perkara yang lebih penting.

“Sumbangan itu akan diberi hanya perlu bersabar, kenapa tergesa-gesa tambahan aruwah baru meninggal dunia bulan lalu,” katanya di sini, semalam.

Katanya, di sebalik perkara ‘hasil’ dibincangkan, bukan semua orang tahu mengenai hutang-piutang aruwah yang perlu diselesaikan.

“Tidak perlu saya dedahkan satu persatu, cukup saya beritahu saya perlu selesaikan urusan berkaitan aruwah terlebih dahulu.

“Kenapa saya diasak seolah-olah saya mencuri duit anak yatim, sedangkan wang sumbangan itu diamanahkan kepada saya dan keluarga,” katanya

Nour Shafinar berkata, ada sumbangan yang dimasukkan terus ke akaun anak termasuk anak bekas isteri tanpa melaluinya.

“Justeru, dia tidak perlu khuatir dan tidak timbul isu membolot harta anak yatim. Saya amat terguris dengan kenyataan dan komen luar terhadap saya tanpa tahu hal sebenar,” katanya.

Ditanya hubungannya dengan bekas isteri aruwah, Jamilah Ismail, 37, dan bapa mentua, AR Badul, Nour Syafinar berkata, dia tiada sebarang masalah dengan mereka.

“Saya tidak kecil hati meskipun kenyataan dikeluarkan seolah-olah memburukkan saya, mereka ada hak bersuara,” katanya.

Terdahulu: “Dua anak saya kini seolah tidak wujud”. Bekas isteri pertama Mejar Zahir terkilan

“SAYA berharap dua anak saya turut menerima sumbangan dan bantuan kerana mereka juga anak kepada Allahyarham Mejar Mohd Zahir Armaya, namun apa yang berlaku sekarang ialah bantuan seolah tidak sampai kepada dua anak saya sedangkan difahamkan terlalu banyak sumbangan daripada pelbagai pihak,” kata bekas isteri Allahyarham Mohd Zahir, Jamilah Ismail.

Jamilah, 37, yang mendirikan rumah tangga dengan Allahyarham Mohd Zahir selama sepuluh tahun sebelum berpisah Mac tahun lalu berkata, setakat ini dua anaknya, Mohamad Remy Iskandar Mohd Zahir, 8 dan Mohamad Ebel Zulkarnain, 9, hanya menerima RM1,500 sumbangan Yayasan Kasih sebagai perbelanjaan persekolahan dan keperluan lain.

Katanya, sebagai ibu tunggal yang hanya bekerja sebagai pembantu kedai makan dengan pendapatan RM25 sehari, bantuan amat diperlukan bagi menyara dua anaknya kerana difahamkan sumbangan untuk mereka berdua banyak diterima daripada pelbagai pihak.

Menurutnya, dia bukan berniat untuk menagih simpati dan merayu pada mana-mana pihak bagi kepentingan peribadi tetapi demi kebajikan dua anak perwira negara yang terk0rban yang sebelum ini mengharumkan nama negara sebagai anggota komando.

“Saya amat terkilan apabila begitu banyak bantuan yang dihulurkan pelbagai pihak termasuk sumbangan kerajaan yang disampaikan Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Wan Azizah Dr Wan Ismail baru-baru ini, semuanya tidak diterima oleh Mohamad Remy Iskandar dan Mohamad Ebel Zulkarnain kecuali yang diberikan oleh Yayasan Kasih dan beberapa sumbangan peribadi sahaja.

“Banyak pihak beranggapan dua anak saya menerima banyak sumbangan dalam bentuk kewangan terutama apabila media melaporkan banyak pihak tampil menghulurkan bantuan sebagai tanda simpati.

“Saya ingin jelaskan bahawa dua anak saya kini seolah tidak wujud sedangkan mereka sepatutnya mendapat perhatian yang lebih kerana mereka anak hasil perkahwinan pertama aruwah ayah mereka” katanya yang menetap di Peramu Jaya, di Pekan.

Beliau berkata, dua anaknya kini belajar di Sekolah Kebangsaan (SK) Peramu Jaya 2, Pekan dan mereka memerlukan wang saku RM10 setiap hari.

Bagaimanapun, dengan pendapatan tidak seberapa ianya begitu membebankan dirinya.

Jamilah berkata, dia juga terkilan apabila sebelum ini banyak pihak berjanji untuk datang melawat dua anak aruwah namun hingga kini bayang pihak terbabit tidak kelihatan.

Katanya, hak anak yatim perlu diutamakan kerana mereka masih kecil dan memerlukan sokongan berbentuk kewangan dan kemudahan lain.

Menurut Jamilah, dia bimbang hak anak yatim diabaikan begitu sahaja.

“Saya berharap pihak yang berkaitan supaya tidak terus terlepas pandang terhadap dua anak aruwah yang berada di Peramu Jaya ini kerana dia mempunyai hak.

“Berdosa besar mana-mana pihak yang bertindak menggunakan wang sumbangan untuk anak yatim,” katanya bersyukur bekas bapa mentuanya AR Badul banyak memberi sokongan.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Sumber : Harian Metro