Dua kali scan. Doktor kata baby perempuan, tapi bersalin anak lelaki

Persediaan bagi menjadi ibu atau bapa bukan perkara yang mudah. Banyak perlu difikirkan terutama membeli barang keperluan bayi. Warna barangan pula selalunya mengikut jantina, bayi lelaki berwarna biru manakala perempuan pula berwarna merah jambu.

Menerusi perkongsian seorang ibu di laman Facebook, dia dan suaminya reda setelah mengetahui jantina anak adalah perempuan ketika melakukan imbasan kandungan sewaktu berusia enam bulan.

Namun jangkaan pasangan itu meleset sama sekali apabila dikurniakan seorang bayi lelaki pada 27 September lalu dengan berat 3.70 kilogram. Ikuti perkongsiannya…

Annur Annis Eryna nama diberi masa dalam perut. Keluar perut jadi Muhammad Aqil Amsyar  pengalaman yang mengejutkan dan paling menarik adalam membuat imbasan enam bulan kata nya perempuan. Ayah redha sebab nak bayi lelaki. Tidak berpuas hati. Membuat imbasan sekali lagi kali ni 4D punya bagi jelas lagi.

Doktor cakap perempuan juga. Ibu pun beriya lah beli segala baju bedung barang pinky. Nama berbulan ibu cari nahh sekali keluar belalai. Masa doktor angkat dan tanya tengok anak awak ni lelaki ke perempuan.

Ibu pun jawab. Eh kenape lelaki ! misi dan doktor pun ketawa. Bayi kat dada ibu lagi ibu sudah menelefon ayah dan tak tahu nak gelak ke nak nangis..maka bergelak lah kami.

Kredit: Facebook via via OMM