“Ibu Sampai Gadai Gelang Emas Nikah”- Alha Alfa Kongsi Kepayahan Dulu-dulu Sebelum Kecapi Kejayaan Hari Ini

Bukan mudah sebenarnya perjanalan hidup Datuk Alha Alfa untuk bergelar usahawan kosmetik dan terus mempunyai kehidupan mewah seperti yang anda lihat sekarang.

Ketika zaman susahnya, Alha akui beliau pernah mengalami kesempitan wang sehingga tidak dapat sambung belajar. Perkongsian tersebut telah didedahkan selepas menjawab soalan-soalan menerusi ‘Ask Me Question’ di IG Story miliknya.

Alha berkata, pada masa itu dia merasa buntu untuk mencari wang namun tidak menduga ibunya sanggup menggadaikan gelang emas pemberian bapanya sewaktu nikah demi menampung kos pembelajaran.

“NAK SAMBUNG BELAJAR TAPI DUIT TIADA, KERJA, KERJA DAN KERJA TAPI DUIT MASIH TAK CUKUP. SUDAHNYA IBU GADAI GELANG EMAS PEMBERIAN AYAH KETIKA MEREKA BERNIKAH”

Sehingga hari ini, dia masih ingat peristiwa itu dan merasa terkilan kerana tidak dapat menebus semula gelang emas kesayangan ibunya itu.

“SAYA MASIH BOLEH INGAT LAGI GELANG TU BENTUK DAN RUPANYA MACAM MANA. SAMPAI SEKARANG LALU KEDAI EMAS TU, AKAN RASA SEDIH SEBAB KEDAI TU DAH TIADA” -LUAHNYA

Walaubagaimanapun,  Alha telahpun menggantikan gelang emas ibunya tetapi tidak sama.

“MEMANG DAH GANTIKAN YANG LAIN TAPI DAH TAK SAMA, TAK SEMPAT NAK AMBIL SEMULA. SEBAB INGATKAN DAPAT PTPTN BOLEH AMBIL BALIK GELANG TU, SEKALI DAPAT PTPTN HABIS BUAT ASSIGNMENT”

Begitulah kisah lama yang dikongsikan oleh Alha, kenangan lama menggamit memori. Sepertimana yang kita tahu, Alha atau nama sebenarnya Halim Mohd Al Fadzil, 31, baru sahaja bergelar suami kepada wanita pilihannya, Noor Azlin Ismail, 23, pada 28 September 2019. Semoga perkahwinan pasangan ini kekak hingga ke jannah. Amin..

Kredit: Hangat.com