“Belajar pandai, tapi pilih driver lori!”

Sebut mengenai hantaran, pasti ramai pihak yang tidak senang duduk dibuatnya. Tambah lagi, nilai hantaran bagi wanita zaman sekaran,  dikatakan mengikut tahap pendidikan atau kerjaya seseorang itu.

Menerusi laman Twitter, seorang cikgu yang dikenali sebagai Azura Orkid memuat naik sebuah posting yang menjadi perbualan agak hangat oleh pengguna Twitter. Disebabakan perkongsiannya itu, ramai yang telah meninggalkan pelbagai pandangan dan pendapat menerusi ruangan komen.

Namun, pilihan hatinya itu telah menjadi buah mulut dan pertikaian oleh orang kampung hanya disebabkan pekerjaan suaminya sebagai pemandu lori.

Jelasnya lagi, walaupun dirinya mempunyai pendidikan tingggi iaitu ijazah dan master, namun hantaran yang ditetapkan kepada suaminya masih dibawah nilai RM10,000.

Ramai lagi rupanya orang Melayu berfikiran cetek dengan menyangka bekerja dipejabat atau jawatan dalam sektor kerajaan mampu menjamin masa hadapan. Sedangkan ramai tidak sedar, pekerja kerajaan jugalah antara yang paling banyak mengalami masalah bebbanan hutang yang menimbun.

Antara kata-kata khas dari warganet buat mulut yang mengejji:

” Buat mereka yang memandang renddah atas perkahwinan Azura ini, di minta supaya mereka berfikir semula. Sekali Tuhan nak uji, kita tak tahu nasib kita pengakhiran bagaimana. Hari ini kita bangga konon tayang kemewahan, berlakon bahagia kononnya pamer di laman sosial. Memandang rendaah pekerjaan orang konon kitalah kerja paling hebat(padahal hutang menimbun, kerja makan gaji, menyusahkan mak ayah jagakan anak kita sebab kita alasan kerja kan?).

Tambah warganet lagi:

Sekali Tuhan nak uji, siapa tahu. Sekelip mata nikmat ditarik.. Hebat sangat ke kerja kalian di luar sana? Sedangkan jutawan Malaysia Syed Mokhtar Buhari pun tidak sombong memandang hiina atas pekerjaan orang lain. Jangan nak bajet sangat kerja anda hebat kalau belum tahap jutawan dunia!”

Warga Twitter kebanyakannya tampil memberikan pandangan dan kata-kata positif kepada Azura. Ramai yang memuji sifatnya yang masih merendaah diri walaupun berpelajaran tinggi.

Ramai meminta golongan ‘Mak cik Bawang’ atau ‘Mulut Kampung’ supaya jangan memandang rendah dengan pekerjaan seseorang kerana rezeki dari Allah, bukan dari jawatan pekerjaan seseorang. Tambahan pula, penanda aras bahagia bukanlah hanya pada jawatan pekerjaan.

Contoh terdekat mudah, ramai pasangan yang bercerrai adalah dari mereka yang bekerja dalam lingkungan ‘office hour’ . Belum pula masuk bab, suami yang bekerja kononnya memakai kemeja tali leher, tetapi pemalas dan menyusahkan anak bini.

Sewajarnya, diingatkan supaya sentiasa menghormati dan tidak perlu mempertikaikan keputusan hidup orang lain. Tidak perlu masuk campur urusan orang dan seharusnya menyokong serta mendoakan kehabagiaan orang adalah lebih baik.

p/s: Apa-apa pun pekerjaan suami, yang penting rezeki tersebut halal. Semoga jodoh pasangan ini berkekalan hingga ke Jannah

Apa kata anda? Kongsikan bersama kami

Sumber: Azura Orkid