Tun Dr Siti Hasmah Disahkan menghidapi K4nser, Tak Beritahu Tun M

Isteri Perdana Menteri, Tun Dr. Siti Hasmah Mohd Ali mendedahkan dirinya merupakan seorang ‘survivor’ k4nser payud4ra dan telah menjalani raw4tan peny4kit berkenaan pada Mac lepas.

Beliau berkata doktor mengesahkan terdapat ketumbvhan kecil pada kiri payud4ranya setelah menjalani pemeriksaan mammogr4m dan rawatan bi0psi di sebuah hospital di ibu negara.

Bagaimanpun Siti Hasmah berkata, ketika keputusan bi0psi diperolehnya yang mengesahkan ketvmbuhan di payud4ra kirinya adalah k4nser, beliau hanya tenang dan tidak memaklumkan kepada suami, Tun Dr Mahathir Mohamad.

Katanya, beliau enggan mengganggu suaminya yang sibuk dengan tugas sebagai Perdana Menteri.

“Doktor lakukan bi0psi pada Sabtu, keputusan diperoleh pada Isnin tetapi sepanjang tempoh itu saya tidak langsung memberitahu suami kerana tidak mahu mengganggunya, dia sibuk kerja.

“Apabila dia (Dr Mahathir) tahu pada hari keputusan bi0psi keluar, dia tak bebel, cuma dia risau sampaikan suruh saya dibed4h pada esoknya.

“Saya masuk wad, empat hari selepas itu iaitu pada Jumaat, (dan) Sabtu saya dibed4h untuk keluarkan ketvmbuhan kecil berkenaan. Pada Ahad, saya keluar wad,” katanya.

Dr Siti Hasmah turut berpesan kepada kaum wanita supaya tidak malu dan takut untuk menjalani ujian saringan mengesan k4nser payud4ra.

“K4nser payud4ra boleh berlaku pada sesiapa sahaja tidak kira umur daripada muda sehinggalah umur 90-an seperti saya.

“Jangan gadaikan ny4wa kita kepada jenis k4nser yang boleh dicegah sekiranya dapat dikesan dari awal, kerana lebih cepat dapat r4watan lagi cepat kita boleh sembuh.

“Pemeriksaan kesihatan itu merupakan satu tanggungjawab yang perlu diberi kepada diri kita yang masih sihat sebelum mahu menjaga orang lain,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas merasmikan Kempen Kesedaran K4nser Payud4ra Peringkat Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (KL Pink October) 2019 di Hospital Kuala Lumpur, pada Selasa.Sumber: Astro Awani

Sumber: Astro Awani