Sampai 3 Kali Jatuh, Rupanya Lelaki Yg Tolong Farzana Adalah Anak Jutawan Kosmetik Terkenal

MOMEN terjatuh ketika sedang ‘catwalk’ di pentas program realiti Dewi Remaja 2019, sememangnya mendapat perhatian ramai dan menjadi bualan netizen.

Menerusi video kejadian yang tular, dapat dilihat seorang jejaka naik ke pentas menenangkan keadaan selepas peserta Dewi Remaja, Farzana Zainul Abidin, 22,  hilang pertimbangan badan sehingga tiga kali jatuh tersungkur di hadapan penonton.

Muhammad Harris Shahrul Annuar, yang merupakan bekas finalis Hero Remaja menafikan dakwaan mahu tunjuk hero pada malam kejadian.

“Ya Allah tak ada niat pun nak tunjuk hero dan semua tu hanya spontan. Masa kali pertama jatuh tu saya sendiri pun terkejut tapi tengok dia OK, masih lagi bangun. Kemudian jatuh pula kali kedua dan sebenarnya masa tu saya memang dah nak pergi tolong dah.

“Tapi iyalah masa tu kan depan media, dengan orang ramai, saya faham sedikit sebanyak mesti dia rasa malu. Saya fikir kalau saya pergi (tolong) pun tak elok juga. Tapi bila sampai tiga kali jatuh tu, saya dah tak boleh nak biar. Jadi, saya pergi tolong juga,” kata pelakon drama Isteri Untuk Disewa itu kepada mStar.

Walaupun jatuh sebanyak tiga kali tidak mematahkan semangat Farzana untuk terus berdiri.

Anak kelahiran Selangor itu berkata insiden seperti ini adalah di luar jangkaan, malah reaksi serta tindakannya menghulurkan pertolongan kepada peserta itu adalah secara spontan dan bukan berniat untuk tunjuk hero.

“Mula-mula tu rasa berbelah bahagi juga, sebab ini bukan pentas kita, ini pentas dia. Bukan niat saya nak tunjuk hero ke apa, tapi bila benda tu terjadi di hadapan saya, takkan saya nak diamkan diri sedangkan tiga kali dia jatuh.

“Bila orang dalam susah, tak salah kita tolong. Kebetulan pula saya duduk berhampiran, kalau tak tolong nanti apa orang cakap pula kan,” jelas Harris akan situasi yang sebenar.

Dia yang juga anak kepada jutawan kosmetik popular, Kak Ton atau Zaiton Hassan, sebenarnya sudah mengenali Farzana melalui kawannya sebelum gadis itu menyertai program ini namun tidak rapat.

Cuma satu je, saya puji dengan sikap dia. Sebab nak hadapi situasi macam tu perlu ada keberanian dan keyakinan yang tinggi. Kalau kita tengok, Farzana ni dia tunjukkan emosi yang kuat, dengan terjatuh atas pentas nak kena berdiri pula, dengan apa yang orang cakap semua. Tapi dia tetap maintain dengan senyuman.

HARRIS ANNUAR

PELAKON / FINALIS HERO REMAJA 2017

Selain itu, dia turut memuji sikap profesional gadis itu yang tetap senyum walaupun jatuh tersungkur beberapa kali di pentas tersebut.

“Cuma satu je, saya puji dengan sikap dia. Sebab nak hadapi situasi macam tu perlu ada keberanian dan keyakinan yang tinggi. Kalau kita tengok, Farzana ni dia tunjukkan emosi yang kuat, dengan terjatuh atas pentas nak kena berdiri pula, dengan apa yang orang cakap semua. Tapi dia tetap maintain dengan senyuman.

“Jangan cakap oranglah, kalau saya sendiri yang jatuh pun muka saya sendiri mesti akan berubah, kalau senyum pun tak nampak ikhlas,” puji Harris akan keyakinan diri Farzana.

Harris Annuar bersama ibunya, ‘Kak Ton’ jutawan kosmetik terkenal.

Tambahnya lagi, semasa kejadian dia sempat bertanyakan keadaan Farzana jika dia ada mengalami keceder4an pada kaki dan gadis itu menyatakan dia dalam keadaan baik.

Harris juga tidak menolak alasan yang diberikan oleh Farzana berhubung permukaan karpet yang tidak rata membuatkan dia terjatuh sampai tiga kali.

Kata-kata positif daripada netizen berhubung insiiden tersebut.

Malah dia juga percaya, dengan keyakinan yang tinggi serta sikap profesionalnya tidak mustahil pintu dalam industri seni ini tersedia luas untuk gadis ini suatu hari nanti.

“Bagi saya sendiri, saya yakin yang dia mampu bertahan dalam industri ini dengan sikap profesionalnya. Sebab kita tahu yang dia pun bukanlah jenis yang ‘kekwat’ ke apa dan kalau dia teruskan sikap rendah diri tu semua pasti dia akan berjaya,” kongsinya mengenai kebolehan gadis ini.

Sumber : Mstar