“Account maybank adik aku kena hack. Life saving dia sejak dari 2009 lebur 40k”. Pemuda kesal duit simpanan sejak 10 tahun lepas hilang macam tu je sekelip mata

Jika sebelum ini banyak kejadian duit hilang dalam akaun bank CIMB, kali ini sudah beberapa kali kejadian yang sama berlaku tetapi pada pengguna akaun bank MAYBANK pula. Kejadian ini amat membimbangkan semua netizen. Ye la, nak simpan dalam bank pun rasa macam dah tak selamat.

Hari ini tuIar dilaman twitter, seorang pengguna berkongsi kisah adiknya yang kehilangan RM 40 RIBU duit simpanan sejak dari 2009 lagi. Bukan sikit tu…..

Namun, dia kesal apabila pihak bank seolah-olah lepas tangan dalam hal ini. Hal ini menjadi tanda tanya netizen, bagaimana duit sebanyak itu boleh hilang tanpa sebarang call atau sms.

 

Perkongsian yang dibuat mendapat perhatian dari netizen-netizen. Ramai yang bersimpati dan memberikan cadangan supaya membuat laporan kepada Bank Negara. Tapi dalam pada itu, terdapat segelintir warga twitter yang turut berkongsi pengalaman yang sama kehilangan wang didalam akaun MAYBANK.

Risau plak kami dengar duit hilang ni. Walaupun duit dua tiga ratus je dalam bank. Kalau hilang hujung bulan menangis jugak.

Harap kes ni dapat selesai dengan cepat dan dapat balik duit yang hilang tu.