Hubungan Kami Okay, Saya Dalam Proses Bimbing Intan

Sejak semalam tular mengenai status yang dimuat naik oleh tunang kepada pelakon Intan Najuwa iaitu Razrul Anwar Rosli seolah meluahkan rasa kecewanya. Malah, tunangnya turut mengatakan cinta tanpa rasa hormat akan bertahan sekejap sahaja.

Bagaimanapun, Razrul menjelaskan status tersebut dibuat secara umum dan tidak ditujukan kepada Intan. Dalam pada itu, Razrul mengakui dia kini dalam proses untuk membimbing Intan.

“Kenyataan itu dibuat secara general. Ia hanya peringatan untuk semua. Saya selalu saja update berkenaan motivasi dan berkongsi perkara positif di IG. Tak pernah negatif.

“Lagi-lagi tengah isu mengenai gambar (dipegang Zul Ariffin) itu. Sejujurnya saya tak follow pun kerja-kerja artis sebab kami berlainan bidang.

“Saya selalu menasihati Intan untuk masa depan kami. Saya tidak suka memaksa , saya memahami dia sepenuhnya. Mak juga ada suruh memberi nasihat dan membimbing dia. Alhamdulillah, mereka terima pilihan saya dengan baik,” katanya kepada mStar Online.

View this post on Instagram

I need holiday so badly

A post shared by Intan Najuwa, 22 (@intannajuwa) on

Dalam pada itu, Razrul berkata hubungannya dia dengan Intan baik-baik sahaja dan tidak mempunyai sebarang masalah seperti yang digembar-gemburkan. Jelasnya lagi, dia memahami lumrah kehidupan seorang artis sama seperti dunia politik.

“Hubungan kami okay sahaja, semalam kami dinner dan pagi tadi kami breakfast bersama. Kami juga berhubung dan berkomunikasi seperti biasa,” katanya.

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!!

Sumber:Rotikaya