Elly Mazlein Selamaat Dirisik Bakal Suami

Tahniah diucapkan buat penyanyi dan pelakon, Elly Mazlein yang telah pun selamat dirisik bakal suami dalam sebuah majlis yang dilangsungkan sebentar tadi.

Difahamkan, keluarga belah lelaki yang berasal dari Kelantan, telah bertandang ke kediaman pihak perempuan di Cyberjaya.

Turut disempurnakan ialah sesi menyarung cincin buat Elly Mazlein oleh ibu bakal suami sebagai simbol penyatuan dua jiwa.

Majlis tersebut hanya dihadiri kedua ahli keluarga.

Semalam, penyanyi Usah Ditambah Bara Yang Tersimpan itu ada memuat naik beberapa foto yang berkaitan dengan majlis yang bakal dilangsungkan itu di Instagram.

View this post on Instagram

❀ Setia Menemani #clingy #clingygirlfriend

A post shared by ELSefhia (@iamellymazlein) on

Menerusi sekeping foto yang dikirimkan pembaca, bintang itu dilihat cantik mengenakan gaun rona keemasan sedondon dengan permata hati, Putri Sara Sephia yang kini mencecah usia tiga tahun.

Elly sebelum ini pernah mendirikan rumah tangga bersama pengarah drama, Azmi Hatta pada 9 November 2014, bagaimanapun berpisah pada 15 Oktober 2015.

Elly menerusi temu bual bersama media mengakui bakal mendirikan rumah tangga tahun hadapan, namun semuanya akan dijelaskan secara terperinci menerusi satu sidang media khas.

Foto: Instagram Elly Mazlein

Sumber:MH