Bengaang Kereta Kena Clamp 0wner H0nda Tibaai Pak Guard Ditahaan P0lis

Kelakuan seorang lelaki memaki hamun, menumbuk dan memukul pengawal keselamatan warga Nepal dengan kayu golf kerana tidak puas hati keretanya dikunci tayar mengundang padah apabila ditahan polis, lapor HMetro.

Dalam kejadian 1.30 tengah hari itu, mangsa berusia 30-an membuat rondaan di KL Traders Square, Jalan Gombak, Kuala Lumpur, melihat kereta Honda Jazz warna kelabu diletak di tempat kereta orang kurang upaya (OKU).

Ketua Polis Daerah Wangsa Maju, Superintendan Rajab Ahad Ismail berkata, mangsa kemudian bertindak mengunci tayar kereta suspek berusia 24 sebelum setengah jam kemudian datang dua lelaki tidak dikenali meminta pengawal keselamatan membuka kunci tayar itu.

Menurutnya, bagaimanapun dia meminta suspek membayar denda di pejabat pengurusan, namun mereka tidak mempedulikannya dan cuba merosakkan kunci tayar itu sebelum ditegur mangsa.

“Tiba-tiba suspek terus memarahi dan menumbuk muka mangsa sebelum mengambil batang kayu golf dari dalam keretanya serta terus memukul lengan kanan dan mukanya.

“Rakan suspek turut cuba meleraikan kejadian itu malah kejadian itu turut tular di media sosial selepas saksi kejadian merakam perbuatan suspek,” katanya dalam satu kenyataan.

Dapat diperhatikan menerusi video yang dikongsikan, rakan suspek yang ada bersama cuba untuk meleraikan pergaduhan, selepas saksi kejadian bertindak merakam kejadian tersebut.

KL Traders SquareKete dia kono clamp sbb parkir kek petak OKU pemilik kete pukul pengawal sekuriti dengan kayu golf. Man attack guard with golf club on street for clamping his illegally parked 🚗 at OKU parking spot 🤬🤬🤬 #PDRM不好意思这里需要帮忙,刚刚下午发生租客非法停泊车在OKU车位,然后这个租客拿了高尔夫球棒打了我们的保安.现在我们在通缉这些人,有看到的麻烦通知我.

Posted by Seremban page on Sunday, October 20, 2019

Mangsa mengalami kecederaan di lengan kanan dan telinga, dan kini masih menerima rawatan di Hospital Kuala Lumpur (HKL), manakala suspek yang berasal dari Terengganu ditahan untuk siasatan lanjut.

SUMBER – yoy