Dia buk4n setiau$aha saya, Syed Saddiq

DALAM dunia politik, fitn4h dan gosip berpisah tiada. Itu reaksi Menteri Belia dan Sukan, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman yang menafikan dakwaan beliau melantik seorang setiausaha daripada golongan t4nsg3nd3r seperti tular di media sosial.

Katanya, khabar angin menerusi video itu bukanlah seperti didakwa dan orang ramai boleh membuat semakan menerusi portal atau bertanya dengan pegawai tinggi di kementeriannya sendiri.

View this post on Instagram

#OOTD

A post shared by Cleo📍KUL, MY 🇲🇾 (@cleopatra_x3) on

Menurutnya, ‘wanita’ itu datang dalam satu kumpulan dan berbincang mengenai e-Sports selama 30 minit, namun yang ditimbulkan ialah isu t4nsg3nd3r, p0ndan dan ia tiada kaitan dengan pertemuan itu.

“Saya dengar berita tular bahawa dia datang jumpa saya dikatakan t4nsg3nd3r sampai guna perkataan p0ndan. Saya tak tahu kenapa orang fokus kepada dia dan bukan enam lagi yang datang bersama,” katanya kepada media di lobi Parlimen, hari ini.

Ahli Parlimen Muar itu berkata, dia dimaklumkan individu terbabit mempunyai dua anak kandung dan itu memberikan jawapan kepada isu dibangkitkan netizen.

Semalam, tular satu video berdurasi satu minit menunjukkan Syed Saddiq mengadakan pertemuan dengan seorang wanita cantik di pejabatnya yang mengundang pelbagai reaksi di media sosial.

Ada mengaitkannya sebagai setiausaha menteri, ahli perniagaan dan mendakwa dia adalah t4nsg3nd3r dan hangat dibincangkan di pelbagai platform.

Antara komen di media sosial termasuk wanita bernama ‘Cleopatra’ itu seorang t4nsg3nd3r yang bekerja dengan Syed Saddiq dan memuat naik gambar lesen memandu kononnya dia seorang lelaki.

Kredit: Harian Metro / Video: weehingthong.org