Masak Nasi di Pejabat Lelaki Ini Berjimaat Utk Beri Wang Kpd Ibu di Kampung

Rezeki bagi setiap orang tak sama. Ada yang dilahirkan dari keluarga yang berada dan mewah sehinggakan majlis kahwin dan rumah pun disediakan oleh ibu bapa.

Ada juga yang berasal dari keluarga yang susah sehinggakan perlu mengikat perut demi  menghulur wang buat keluarga di kampung.

Satu perkongsian oleh Tuan Azri Walter yang mendapat perhatian netizen di Facebook tentang pengorbanan seorang stafnya demi ibu di kampung.

Mari kita ikuti perkongsian beliau.

Saya sengaja naik ofis tadi.

Ingat nak lepak dengan budak budak team. Buka je pintu, tengok takde sape. Lampu terbuka. Saya pun melangkah masuk.

Saya pandang kiri, saya pandang kanan. Nampak bawah meja seperti ada kelibat. Bulu roma mula meremang.

Tangan kiri saya masih standby pegang pintu. Kot ada apa apa senang nak lari huhu.

Bunyi macam ada aktiviti bawah meja. Saya tak puas hati. Saya cekalkan hati. Apa nak jadi, jadi. Saya masuk menjenguk.

Saya pandang dia, dia pandang saya.

Habil rupanya, tengah duduk sebelah rice kuker. “Aik Habil. Apa buat ni? masak nasi ke apa lauk?”

Dengan wajah takut, dia menggelupur berdiri sambil capai kopiah “Eh tuan sori Tuan, saya masak nasi tak makan lagi”

Saya hairan “Habil bukan minggu ni income dah seribu lebih ke? kenapa tak makan dekat kedai bawah?”

Dia garu garu kepala. “Duit saya Tuan. Cuma minggu ni nak bagi mak. Mak tak ada pun minta, cuma saya kesian dekat mak.

Kalau saya bagi duit, mak boleh guna beli baju ke, makan ke, boleh pakai untuk adik adik sekali”

Habil ni saya tahu, ayahnya sudah meninggal dunia beberapa tahun dulu. Habil baru berusia 19 tahun datang merantau dari Kuala Lipis.

Sebak pula hati.

Saya peluk dia. Saya cakap “Takpe saya join Habil makan. Kita makan sama sama okey! Saya turun bawah, beli lauk dan kami makan sama sama.

Ayat paling saya terkesan waktu Habil cakap

“bukan apa Tuan. Saya pun tak tahu sampai bila mak ada. Sementara mak ada ni, saya nak bagi mak hepi. Saya takpe tak ada tanggungan. Lagipun saya dah pandai nak cari duit setiap hari”

Tergamam.

Antara saya belajar malam ni :

1. Kita ni, usah lokek dengan mak ayah. Terutama sekali mak. Kadang tu kita takut sangat tak cukup duit kalau bagi mak.

Sedangkan, rezeki Allah bagi. Lagi banyak kita buat baik dekat mak, insyaAllah hidup kita diredhai.

2. Betul juga kata Habil. Waktu kecil, apa kita nak mak sedaya upaya tunaikan. Kadang tu benda yang kita tak minta pun mak bagi.

Bila dah besar, kalau nak tak minta kita tetap kena bagi. Moga moga, mak redha kita, Allah pun redha dengan kita.

Jom kita sama sama buat baik dekat mak dan ayah. Jika mereka sudah tiada, kita bantu dengan doa anak yang soleh okey.

SUMBER – yoy