“Sampai Isu Anak Muda Ditengggelamkan Kerana G0sip.” Syed Saddiq Jelaskan Siapa Perempuan Cantik Yang Menjadi Bualan Netizen

Menteri Belia dan Sukan, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman sekali lagi dikaitkan dengan isu l3sbian, g4y, bis3ksual dan tr4nsgender (LGBT) dan kali ini beliau didakwa melantik seorang setiausaha daripada golongan tr4nsgender.

Pada Isnin, tul@r sebuah video menunjukkan Syed Saddiq mengadakan pertemuan dengan seorang wanita cantik di pejabatnya.

Video berdurasi satu minit itu mengundang pelbagai reaksi warganet di media sosial.

Pertemuan bersama Syed Saddiq di pejabat menteri itu. Foto instagram cleopatra_x3

Syed Saddiq menjelaskan bahawa dalam dunia politik, g0sip dan fitn4h berp1sah tiada.

Menerusi akaun Instagram miliknya, beliau men4fikan individu yang dimaksudkan merupakan seorang ibu, malah bukan setiausahanya.

“Sekejap dengar dia PA saya (padahal tidak). Sekejap dengar dia p0nd@n (padahal seorang ibu). Sekejap dengar dia dapat ‘kontrak’ (padahal tiada),” menurut tulisannya.

“Sampai isu anak muda yang penting ditengggelamkan kerana g0sip.”

Sehubungan itu, Syed Saddiq meminta semua pihak untuk memberi tumpuan kepada isu rakyat yang sebenar.

“Boleh tak kita fokus isu rakyat yang sebenar? Pekerjaan, pendidikan, kos sara hidup, perumahan mampu milik. Inilah isu anak muda.”

“Fokus kepada isu rakyat, bukan politik fitn4h dan g0sip,” katanya sambil merujuk kepada sebuah portal yang melaporkan dakwaan itu.

Perkongsian Syed Saddiq berhubung dakw4an membabitkan seorang individu.

Portal berkenaan turut menyiarkan beberapa gambar ‘wanita’ yang menggunakan nama ‘Cleopatra’ di laman sosial berserta lesen memandu kononnya dia adalah seorang lelaki.

Ahli Parlimen Muar itu dilaporkan memberitahu bahawa ‘wanita’ itu bersama dengan satu kumpulan bagi mengadakan perbincangan mengenai e-Sports selama 30 minit, namun yang ditimbulkan ialah isu tr4nsgender, p0ndan dan ia tiada kaitan dengan pertemuan itu.

“Saya dengar berita tul@r bahawa dia datang jumpa saya dikatakan tr4nsgender sampai guna perkataan p0ndan. Saya tak tahu kenapa orang fokus kepada dia dan bukan enam lagi yang datang bersama,” katanya kepada pemberita di lobi Parlimen, Selasa.

Syed Saddiq berkata, dia dimaklumkan individu terbabit mempunyai dua anak kandung, yang menjawab kepada persoalan warganet.

Apa kata anda? Kongsikan bersama kami di ruangan komen.

Sumber: mStar