Saya t4kut sedangkan wanita ada dua ov4ri pun sukar dapat anak – Siti Elizad

Sebelum ini, para peminat mungkin sudah ada mengetahui salah seorang program Mingguan Wanita, Siti Elizad pernah menjalani pembed4han bagi membuang cyst sebanyak dua kali.

Pembed4han kali pertama telah dilakukannya kira-kira 4 tahun lalu dan yang terbaru, tahun lalu.

Lalu, menyedari akan kepentingan menjaga kesihatan, bintang berkenaan tampil berkongsi pengalaman menerusi talkshow Tanya Dr Imelda pada 1 Ogos depan.

Program tersebut bersiaran di saluran Astro Prima 105 dan Astro Prima hd 121 dan topik yang dibincangkan kali ini bertajuk Fibroid Berbeza Dari Cysts.

Menetik sebahagian dari perkongsian tersebut, Siti Elizad menjelaskan pada mulanya dia tidak tahu mempunyai cyst.

“Sebenarnya saya tidak tahu ada cysts, Saya ingatkan perut saya bloated atau buncit. Jadi saya tidak ambil tahu. Rasa bloated itu saya alami selama lebih kurang 2 bulan sebabnya cyst saya itu jenis aktif dan mengembang dengan cepat.

”Cyst yang dibuang pada pembed4han pertama seberat 4 kg. Manakala cyst yang dibuang pada pembed4han kedua sebesar 7cm.

”Pertama kali cyst itu dibuang saya tidak rasa apa-apa kerana hidup dalam keluarga yang sering melakukan pembed4han. Tetapi masa cyst sebesar bola itu dikeluarkan, mereka (doktor) mengatakan sebelah ov4ri saya sudah tidak ada kerana ia tertarik sekali semasa pembed4han dilakukan,” katanya seperti yang dipetik Mingguan Wanita.

Lalu, pembed4han membuang cyst dan kehilangan satu ov4ri secara langsung membuatkan dirinya ‘down’ lebih 6 bulan.

“Saya t4kut. Sedangkan wanita ada dua ov4ri pun sukar dapat anak. Inikan saya yang tinggal hanya satu ov4ri. Jadi sehingga sekarang saya masih lagi buat pemeriksaan susulan. Saya sebagai wanita dalam fikiran saya tidak ada apa-apa melainkan mahu mendapatkan anak.

”Oleh itu sehingga kini saya masih lagi buat check-up untuk melihat sama ada cyst saya itu tumbuh dengan cepat atau aktif,” jelasnya yang turut berpesan mengenai kepentingan dalam menjaga kesihatan.

“Sekarang ini ada macam-macam peny4kit. Setiap tahun saya nasihatkan wanita agar jangan lupa untuk melakukan pemeriksaan kesihatan. Jangan takut untuk melakukannya.

”Jika ada cyst dan ia masih kecil, kita (wanita) tidak perlu melakukan pembed4han besar. Doktor mungkin akan temb4k sahaja untuk buatkan cecair atau gumpalan dar4h itu pecah. Jangan tunggu sampai besar.

”Pada wanita di luar sana, jangan takut untuk berjumpa dengan doktor terutamanya Pakar S4kit Puan,” pinta Elizad.

VIDEO :

Foto: Instagram Siti Elizad via MH

Sumber: Sumber