Mia Ahmad Tak Rela Bermadu

“SAYA takkan rela berkongsi kasih dengan wanita lain. Tapi, saya sangat hormat pada wanita yang dapat melakukannya (hidup bermadu),” kata pelakon Mia Ahmad.

Kata Mia, 31, tidak semua wanita termasuk dirinya mampu menjalani kehidupan bermadu walaupun berkongsi kasih itu dibenarkan agama.

Terdahulu, kemelut rumah tangga Mia menjadi perhatian ramai apabila dia berkongsi kisahnya di Instagram (IG) ketika masih dalam pantang pada hujung tahun lalu.

Ditanya mengenai hubungan rumah tangga bersama penjaga gawang Johor Darul Takzim (JDT), Mohd Izham Tarmizi Roslan yang dilaporkan bergolak sebelum ini, mereka kini dalam fasa berdamai.

“Hubungan saya dan suami kini dalam proses pemulihan untuk kami saling kenal dan memperbaiki kekurangan dalam hubungan.

“Apabila memilih untuk kembali ke pangkuan suami, saya kini sedaya-upaya harus melupakan semua kisah yang melukakan demi rumah tangga kami,” katanya yang ditemui selepas majlis pelancaran drama Nur 2 di Kuala Lumpur hari ini.

Mia atau nama sebenar Samihah Ahmad Baderi berkata, dengan kemelut rumah tangga dilalui itu, dia akhirnya banyak bermuhasabah diri untuk mendapat kekuatan.

“Tak dinafikan, selain sokongan daripada keluarga saya, kehadiran anak kami, Sayf Issa yang baru berusia enam bulan banyak membantu menjernihkan hubungan saya dan suami.

“Sekarang, kami banyak masa bersama membesarkan Sayf. Saya bersyukur masih dapat mempertahankan rumah tangga yang dibina,” katanya.

Menurut pelakon drama Hati Perempuan itu, apapun dia sedar apa yang dimiliki adalah pinjaman daripada Allah SWT termasuk suami.

View this post on Instagram

rarely look at the camera for a picture. #ishy 😒

A post shared by Mia Ahmad (@mia.ahm4d) on

Katanya, selagi mampu mempertahankan rumah tangga dibina, dia akan berusaha sebaik mungkin sekali gus cuba melupakan kelukaan di hati.

Menyentuh sejauh mana kepercayaannya kini dengan suami, Mia berkata dia tidak mahu memberi komen.

Mia dan Izham mendirikan rumah tangga pada 13 Januari 2017 di Taiping, Perak selepas setahun berkenalan.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! Khalifah Media

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook

Sumber : Metro