Bangun dari tidur bayi dalam kandungan ghaib angkara buatan sihir

Kandungan dah masuk 3 bulan. ‘Baby bump’ semakin jelas kelihatan.

Nama bayi juga sudah diberi. Namun seorang wanita Farah Syazana pasrah menerima takdir apabila disahkan mengalami keguguran selepas pelbagai peristiwa ‘pelik’ yang berlaku.

Al-Fatihah buatmu Aisyah Humaira

Menurut Farah, dia melakukan imbasan kehamilan dua minggu sebelum keguguran dan doktor mengesahkan kandungannya dalam keadaan sihat.

Namun, isteri kepada Amirul Izzat itu berhadapan dengan pelbagai emosi di tempat kerja dan ‘gangguan’ di rumah pada seminggu sebelum keguguran.

Banyak pengalaman tak menarik terjadi!

2 minggu sebelum miscarriage ..
Aku scan baby still okay.. Mood aku pun okay.. Baby sihat, keadaan aku pun okay.. Sihat la nak dpt baby

1 minggu sebelum miscarriage..(Di sini cerita bermula)
Emosi terganggu.. Penat dengan kerja.. Penat dengan mulut manusia.. Tiba2 kena marah.. Tiba2 orang reka cerita bukan2.. Tiba2 jadi sedih.. Tiba2 serba tak kena.. Sebab apa? Sebab MULUT MANUSIA.. Kesan pada sapa? Kandungan dalam perut aku ni.. Banyak pengalaman tak menarik jadi sebelum aku keguguran..

1) Suasana rumah jadi berubah.. Suram.. Tiba2 pintu kena ketuk.. Tiba2 dengar budak lari2 dalam rumah.. Tiba2 bunyi orang tarik meja kerusi..

2) Keadaan aku n husband agak tak okay.. Banyak misunderstand n so on.. Tapi still under control..

3) Tak sedap hati n rasa semacam yang jadi. Allah gerakkan hati aku untuk cari petunjuk Dia..

Ada gangguan masa buat solat sunat

Tiba2 tok sedara yang buat rawatan islam chat, minta aku balik segera sebab ad yang nak bincang. Aku takde expect apa2.. Tapi aku xsedap hati..
Aku start buat solat sunat hajat, buat Yasin Mubin 3× selepas Maghrib, minta petunjuk Allah. Direct aku buat 5hari..

Tengah baca Yasin Mubiin, tiba2 ada suara sebijik mcm suami aku panggil aku dari belakang. Aku toleh. KOSONG. Means that iblis tengah mengganggu kekhusyukan aku. Aku ignore n teruskan. Tiba2 suami aku masuk dari luar, aku diam. Lepas siap baca yasin, aku sambung solat isyak n solat hajat. Dh settle aku tanya dia, “Abang ad panggil sy ke?” Dia kata, “Sy kat beranda rumah dari td laa.. dengar ustaz bg tazkirah, diorg pasang speaker so sy dengar la.” Aku diam.

Bukan itu sahaja, Farah juga mengalami mimpi tiga hari berturut-turut yang kelihatan beberapa individu dikenali berdiri di antara dua pokok besar selain seorang budak kecil muncul di antara mereka.

Bila bangun dari tidur, darah atas tilam!

Malam tu, aku mimpi ada beberapa orang yg aku kenal, berdiri di antara 2 pokok besar, dengan keadaan yg sangatlah berkabus n suram, gelap. Antara mereka tu ada seorang budak kecik. Muka aku xnampak. Tapi aku cam bayangan yang berdiri tu. Takpe. Aku anggap itu mungkin mimpi je.

3hari BERTURUT TURUT aku mimpi benda sama. aku tak sedap hati. Malam ketiga aku mimpi benda tu is SEMALAM.. n aku mimpi budak kecik tu jalan dengan diorang.. Seiringan.. Aku bangun dari tidur.. Demi Allah Yang Maha Esa, darah penuh atas tilam tempat aku tidur. Aku cuak. Bila aku tepuk2 pipi aku, yes aku bukan mimpi! Hati aku mula tak sedap. Tapi aku masih husnudzon.

Semasa buat pemeriksaaan, doktor kata perut dah ‘kosong’

Pegi klinik terus menangis.. Minta scan.. n Dr cakap Perut aku dah KOSONG.. On the spot.. Fikiran aku pun kosong.. Apa petunjuk mimpi tu? n apa sedang berlaku sebenarnya? Dr tanya, “Puan ada jatuh ke?” aku cakap takde. Dia sambung lagi, “Maaf puan, sy terpaksa bgtahu puan dh pun keguguran.. Tapi susah nak gambar sebab kantung pun dh xde dlm perut puan..sy xtahu apa punca dia.. cuma lately ni puan ada stress ke? Tapi biasanya keguguran kalau sebab stress pun at least biasanya kantung akan ada puan.. apa pun semoga puan tabah” aku cakap banyak benda aku stress.then aku diam.. Aku buntu.. Suami cakap.. “Sayang, kita kena redha.. Biarlah yang mana nak sembah iblis n so on tu buat apa yang diorang nak.. Anak kita dah tunggu kita kat syurga..”

Jaga2 dengan orang sekeliling kita

Allahuakbar, sebelum ni aku baca je cerita orang. Harini kena kat batang hidung sendiri. Bukan nak suruh percaya dengan sihir, but tolonglah gais kalau tengah mengandung. Berhati hati la dengan orang sekeliling tak kira sape pun dia. Serapat mana pun kita dengan dia, kita kena tahu bahawasanya kita takkan mampu tahu apa isi hati seseorang tu.

1)JANGAN PERCAYAKAN SESIAPA SEKELILING KAU
2)ELAKKAN MAKAN SEMBARANGAN
3)KAWAL EMOSI
4)MINTA PERLINDUNGAN ALLAH
5)JANGAN BG ORANG GOSOK PERUT KAU SEMBARANGAN

Terima kasih berteduh selama 3 bulan

Semalam perkongsian yang dimuat naik oleh Farah telah tular di laman Facebook malah dihujani komen netizen yang rata-rata mengucapkan takziah untuk Farah serta suaminya atas kehilangan zuriat pertama mereka.

Kredit: Farah Syazana