Raja Permaisuri Agong Tukar Nama Puteri Bongsunya Kepada McJihan

Raja Permaisuri Agong, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah menerusi laman Twitter rasmi miliknya meminta orang ramai berhenti mengec@m sebuah restoran makanan segera baru-baru ini ekoran kes1lapan pesanan makanan puteri bongsunya, Tengku Puteri Jihan Azizah Athiyatullah.

Perkongsian tersebut ternyata mendapat reaksi positif netizen malah ramai yang terhibur dengan status Raja Permaisuri Agong itu.

Malah, Raja Permaisuri Agong turut mendedahkan puteri bongsunya itu sangat sukakan McD dan hampir setiap hari akan membelinya.

“Tolong janganlah marah sangat. Bukan salah mereka. Dalam banyak-banyak tu adalah yang terkurang.”

Sementara itu, Tunku Azizah dalam tweet susulannya berkata; nanti saya buka kedai dan jual burger Mc Jihan!

Dalam pada itu, puteri bongsunya, Tengku Jihan juga dilihat memuat naik sekeping gambar atau logo tertera nama beliau iaitu McJihan.

Terdahulu, foto yang dimuat naik oleh Tengku Jihan di Twitternya menunjukkan makanan yang dipesan dari sebuah restoran makanan segera tular.

Dalam nada bergurau, Tengku Jihan menulis “Bila order cheeseburger lepas tu betul-betul dapat cheese dan roti saja.”

Jangan lupa untuk ikuti kami di Facebook

Sumber: vitdaily