Kesian budak tu sejuk. Bapa Tergamak Biarkan Anak Tersadai Bawah Hujan, Minta Derma Sebab Nak Settlekan Hutang Ahl0ng

Sebagai bapa, kalau anak tu kecil lagi, sanggup bert4rung ny4wa susahkan diri demi keselesaan dan kemudahan anak, tapi yang k3s terjadi dekat Penang ni terbalik.

Gunakan anak demi kemudahannya lepas diri sendiri dah buat onar pergi pinjam Ah L0ng duit. Bayangkan sekarang ni musim hujan, kita kalau boleh tak nak anak terdedah dengan udara luar. Tapi yang ni, korang boleh tengok sendiri.

Tersadai bawah hujan settlekan ayah hutang Ah Long

Ins1den ini berlaku di Uptown Perda, Penang menunjukkan anak kecil tengah duduk dalam stroller bersertakan kotak plastik untuk minta derma masa tengah-tengah hujan ni.

Perkongsian dari wanita yang dikenali sebagai Sonya Pilatus di Facebook ini menunjukkan anak kecil tu dibiar macam tu je tanpa ada sebarang selimut atau pelindung dari kesejukan. Kelibat mak bapak diaorang langsung tak ada!

Menurut perkongsian daripada WhatsApp oleh sekumpulan pendagang pasar malam Perda, ayah kepada kanak-kanak itu sedang menanggung hut4ng Ah L0ng dan tak mampu nak bayar. Jadi, dia terpaksa bayar RM 38 sehari seperti mana yang mereka mahukan.

Disebabkan itulah bapa ini gunakan anaknya untuk raih simpati orang-orang umum. Dalam perkongsian itu dikatakan ayahnya perhatikan dari jauh dalam Perodua Kelisa. Cukup time kutip duit tu.

Allahu, kenapa lah ada ibu bapa yang tergamak buat macam tu.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook

Sumber : Lobak Merah