Nahaas Geng Basikal Lajak. Akhirnya Pemandu Dilepaaskan Dan Dibebaaskan. Mahkamh Mendedahkan Sebabnya

JOHOR BAHRU – Mahkamh Majistret, di sini, hari ini, melepas dan membebaskan seorang jurujual wanita, daripada tudu han memandu secara melulu sehingga menyebabkan kem4ti4n lapan remaja berbasikal, dua tahun lepas pada 18 Februari 2017.

Majistret Siti Hajar Ali, membebaskan Sam Ke Ting, 24, tanpa memanggilnya membela diri terhadap pertudu han itu selepas pihak pendakwaan gagal membuktikan kes prima facie terhadap tertuduh di akhir kes pendakwaan.

Sepanjang perbicaraan bermula Ogos 2017, 46 saksi pendakwaan dan 214 ekshibit dikemukakan di mahkamh.

Siti Hajar dalam penghakimannya berkata mahkamh membuat keputusan berkenaan bersandarkan beberapa perkara termasuk situasi jalan berbukit yang gelap dan berselekoh di mana pemandu tidak boleh menjangkakan terdapat kumpulan berbasikal yang ramai di jalan itu pada pukul 3 pagi selain keadaan bahaya itu sendiri dicipta oleh kumpulan basikal lajak tersebut.

“Berdasarkan keterangan pasukan penyiasat, terdapat pokok besar di laluan berkenaan dan pencahayaan malap walaupun terdapat lampu di tembok pembahagi jalan.

“Aktiviti itu (basikal lajak) sudah umum diketahui di situ (lokasi kejadian), terdapat aduan mengenai perlumbaan basikal lajak di situ.

“Adalah munasabah mereka yang lalu di situ akan menjangka situasi terjadi, namun, hanya terpakai kepada penduduk di situ dan mereka yang selalu menggunakan jalan itu.

“Ia tidak adil kepada pengguna yang jarang menggunakan jalan itu atau penduduk yang tidak tinggal di situ,” katanya.

Menurut Siti Hajar, siasatan turut mendapati tertuduh tidak berada di bawah pengaruh 4lk0hol, tidak menggunakan telefon bimbit serta memakai tali pinggang keledar ketika memandu sekali gus membuktikan tertudu h memandu dalam keadaan bertanggungjawab dan berjaga-jaga.

SAM ketika hadir ke mahkamh, hari ini. FOTO Mohd Azren Jamaludin

Beliau turut mengingatkan ibu bapa supaya menjaga anak-anak bagi mengelak kejadian itu berulang malah pihak pulis diminta untuk bertindak tegas berhubung aktiviti berkenaan.

“Maka bersandarkan kepada alasan-alasan yang saya nyatakan sebentar tadi, jika saya memutuskan tertuduh untuk membela diri, beliau memilih untuk berdiam diri bagi pertudu han dikemukakan terhadap beliau.

“Persoalannya adakah saya akan mensabitkan beliau berdasarkan kepada keterangan dikemukakan pihak pendakwaan. Jawapan saya adalah tidak.

“Dengan itu, tertuduh mesti dilepas dan dibebaskan tanpa dipanggil membela diri,” kata Siti Hajar.

Mengikut pertudu han, Sam, yang memakai baju T berwarna putih didakwa memandu kereta bernombor pendaftaran JQB 9984 di Jalan Lingkaran Dalam, di sini, secara melulu atau dengan berbahaya hingga menyebabkan kem4ti4n lapan penunggang basikal pada 3.20 pagi, 18 Feb 2017.

Remaja yang ma ut adalah Mohamad Azrie Danish Zulkefli, 14; Muhamad Shahrul Izzwan Azzuraimie, 14; Muhammad Firdauz Danish Mohd Azhar, 16; Fauzan Halmijan, 13; Mohamad Azhar Amir, 16; Muhammad Harith Iskandar Abdullah, 14; Muhammad Shahrul Nizam Marudin, 14 dan Haizad Kasrin, 16.

Dia dituduh mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 (Akta 333) yang memperuntukkan hukuman penja4ra sehingga 10 tahun dan denda sehingga RM20,000, jika sabit kesalahan.

Sam terdahulu didakwa di mahkamh sama pada 28 Mac 2017 dan mengaku tidak bersalah atas pertudu han tersebut.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Muhammad Syafiq Mohd Ghazali manakala tertuduh diwakili peguam, Muhammad Faizal Mokhtar.

Seramai 46 saksi pendakwaan dikemukan sepanjang perbicaraan yang bermula Ogos 2017 dengan 214 eksibit.

“Wang jaminan RM10,000 dikembalikan kepada penjamin,” katanya.

Mahkamh turut mengarahkan lesen memandu tertuduh dikembalikan serta merta dan wang jaminan RM10,000 dikembalikan kepada penjamin.

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!!

Sumber : Hmetro / Cempedak Cheese