Pengawal Keselamatan Tdk Berhak Utk Pegang MyKad Anda..Hanya 5 Golongan Ini Sahaja Yang Ada Kuasa

Kad pengenalan atau MyKad merupakan dokumen paling penting bagi individu yang bertaraf warganegara. Selalunya, kebanyakan urusan yang melibatkan perundangan memerlukan kad pengenalan sebagai dokumen sokongan.

PDRM telah mengeluarkan satu kenyataan di mana hanya lima golongan sahaja yang boleh menyimpan atau memegang kad pengenalan anda jika keadaan memerlukan.

Selain lima golongan itu, tiada siapa pun yang berhak untuk memegang, menyimpan mahupun menyemak MyKad anda.

Berikut kami kongsikan lima golongan tersebut:

1. Pegawai polis

2. Pegawai pendaftaran

3. Pegawai kastam

4. Mana-mana pegawai atau kelas atau pegawai awam yang diberi kuasa oleh ketua pengarah

5. Anggota tentera yang bertugas menjaga dan mengawas

MyKad boleh dieksploitasi bagi kegunaan jenayah. Jadi, jangan bagi kad pengenalan anda dengan sewenang-wenangnya kepada pihak lain. Jika sesuatu urusan itu memerlukan salinan kad pengenalan anda, pastikan ia dipangkah atau ditulis untuk urusan apa bagi mengelakkan kes salah guna berlaku.

Sekiranya terdapat pengawal keselamatan di mana-mana lokasi terutama sekali di kawasan perumahan meminta anda untuk meninggalkan MyKad anda, ia adalah satu kesalahan di bawah Peraturan 23, Peraturan-Peraturan Pendaftaran Negara 1990 memandangkan mereka tidak tergolong dalam lima golongan di atas.

Individu tersebut boleh dikenakan hukuman penjara tidak melebihi tiga tahun atau denda tidak melebihi RM20,000 atau kedua-duanya sekali.

Semoga perkongsian ini bermanfaat buat semua.

Ikuti Kami Di Ruang Internet Anda