Jnzah Suami Isteri Selaamat Dikbumikan, Anak Tunggal Asyik Panggil Abi Abi

Jnzah anggota polis dan isteri yang m4ut dalam kmIangan di Jalan Syed Putra, Kuala Lumpur, semalam, selamat dikebuumikan di Bachok, awal pagi hari ini.

Jnzah Allahyarham Lans Koperal Muhammad Syakiran Shamsuddin, 30 dan Nurul Ashikin Kamaruddin, 27 selamat dikebuumikan di Tanah Perkubvran Islam Rekang Hilir, jam 2.20 pagi.

Terdahulu, kedua jnzah itu tiba di rumah keluarga Syakiran di Kampung Repek di Bachok, jam 1.01 pagi dengan dua van jnzah milik Polis Diraja Malaysia (PDRM).

Suasana pilu apabila ketibaan jnzah diiringi tangisan ahli keluarga selain anak tunggal mgsa, Muhammad Arfan Rizqi berusia 22 bulan asyik menyebut ‘abi…abi…’ memanggil arwh Syakiran.

Suasana pilu turut sempat dirakam apabila Arfan Rizqi dilihat bermain-main di sebelah jnzah ketika hadirin melakukan solat jnzah.

Hadir memberi penghormatan terakhir Ketua Polis Daerah Bachok, Deputi Superintendan Nik Aminuddin Raja Abdullah, anggota polis Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Bachok dan rakan-rakan serta kira-kira 300 penduduk kampung.

Ibu Nurul Ashikin, Fauziah Dollah, 63, berkata, dia dan suami, Kamaruddin Harun, 60, akan menjaga anak tunggal pasangan suami isteri itu.

Katanya, ini kerana dia dan suami hanya tinggal bersama seorang lagi cucu, manakala anak-anak yang lain sudah berkeluarga dan tinggal di Kuala Lumpur.

“ Kali terakhir berjumpa arwh anak pada September lalu ketika dia balik bercuti, kali terakhir WhatsApp dia pun tiada sebarang perubahan pelik.

“ Sekarang saya juga jaga seorang cucu darjah empat, jadi biarlah kami yang jaga anak arwh (Rizqi),” katanya ketika ditemui di Tanah Perkubvran Islam Rekang Hilir, di Bachok, awal pagi tadi.

Fauziah berkata, Ashikin adalah anak keempat daripada lima beradik dan sudah enam tahun berkahwin dengan Syakiran.

“ Kami juga tidak tahu berita kehamilannya sehingga dimaklumkan ahli keluarga selepas bdah siasat, namun saya anggap ini takdir dan reda dengan pemergian anak, menantu dan dua bakal cucu kembar,” katanya yang mempunyai 12 cucu dan tinggal di Kampung Kadok, Ketereh.

Sementara itu, video Allahyarham Syakiran mendukung sambil bergurau dengan anaknya menjadi kenangan terakhir keluarga dan tatapan anaknya kelak.

Video berdurasi lima minit itu sempat dirakam adik bongsu arwh Syakiran, Muhammad Nazrul, 19, ketika berada di rumah suami isteri itu pada 27 Oktober lalu sambil menonton perlawanan separuh akhir Piala Malaysia Kedah menentang Pahang.

Lebih memilukan dalam rakaman itu jelas memaparkan kemesraan bapa dan anak dengan rengekan manja Rizqi selain turut kelihatan kelibat Nurul Ashikin.

Muhammad Nazrul berkata, dia merakam video itu untuk tontonan ahli keluarga memandangkan dia bersiar-siar beberapa hari di Kuala Lumpur dan tinggal di rumah arwh.

“ Malam kelmarin, abang sempat hantar saya menaiki bas dan pagi esoknya selepas hantar Rizqi ke rumah pengasuh, mereka terbabit dalam kmIangan.

“ Saya baru sampai Kelantan jam 7 pagi, tidak lama kemudian menerima perkhabaran duka ini, pemergian mereka secara tiba-tiba mengejutkan keluarga terutamanya ibu, Mariah Ag Senik, 58,” katanya.

Anggota polis Balai Sksyen 6, Shah Alam itu, maut bersama isteri ketika dalam perjalanan ke tempat kerja selepas motosikal ditunggang mermpuh belakang sebuah lori jam 7.59 pagi.

Apa Kata Anda? Dah Baca Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih.

Sumber : hmetro