Edit Gmbr Pakar Bedah Untuk Pikat Gadiis…Ini Taktiik Berani Doktor Cap Ayam

Seorang pengguna Facebook, Aryana Ren yang juga merupakan seorang doktor telah berkongsi mengenai seorang individu yang didakwa telah menipu dengan menggunakan title Pegawai Perubatan Obstetrik & Ginekologi. Individu tersebut bertindak sedemikian semata-mata untuk memperdayakan gadis serta meminjam wang daripada mereka.

Seorang individu yang dikenali dengan nama Aizat Hamdan telah menipu dengan mendakwa dirinya adalah Pegawai Perubatan Obstetrik & Ginekologi (O&G). Individu ini mempunyai 7, 000 pengikut di laman Facebooknya mendakwa sedang ‘bekerja’ di Hospital Raja Permaisuri Bainun, Ipoh.

Lelaki ini dikatakan menggunakan akaun Facebooknya untuk memperdayakan gadis-gadis dengan alam percintaan sambil memanipulasikan mereka untuk mempercayai bahawa dirinya seorang pegawai perubatan O & G berlesen. Aizat dipercayai menggunakan gadis-gadis ini sebagai ‘bank’ untuk meminjam wang atas pelbagai tujuan.

Pendedahan ini dibuat oleh tiga orang individu iaitu Dr. Syazana, Dr. Kauthar dan PPP Fazleyante yang juga menggelarkan diri mereka sebagai Charlie’s Angles.

Walau bagaimanapun, laporan polis telah dibuat terhadap individu ini serta Dr. Rudiman sedang dihubungi berkaitan dengan isu penggunaan gambarnya untuk tujuan penipuan.

Aizat juga didakwa telah melakukan satu lagi kesalahan dengan menyunting gambar seorang ahli bedah laparoscopic yang terkenal di Indonesia iaitu Dr. Rudiman.

Mereka meminta orang ramai agar tidak terpedaya dengan tipu helah individu berkenaan serta menghubungi mereka sekiranya mempunyai sebarang maklumat mengenai Aizat bagi membantu siasatan polis.

Sumber: Aryana Ren