Sambut ulangtahun perkhwinan 11.11, penampilan Amyra bertdung dipuji netizen

Berkahwin pada 11 November 2016, semalam menjadi tarikh bahagia buat pasangan sama cantik sama padan, Amyra Rosli dan Amar Baharin apabila kedua pelakon terkenal ini menyambut ulangtahun perkahwinan yang ke-3.

Bagaimanapun, penampilan Amyra yang cukup menawan dengan memakai baju serba putih bersama suami dan anaknya turut mencvri tumpuan ramai. Malah, Amyra juga memakai tudung dan kecantikan pelakon Nur ini menerima pelbagai pvjian netizen.

Amar menerusi laman Instagram berkongsikan foto ketika menyambut ulangtahun perkahwinan mereka kepada pengikut dan ia meraih ribuan tanda suka daripada peminatnya.

Di posting itu juga dapat dilihat, pasangan ini bersama anak mereka, Anaqi dalam pada itu, menjenguk pula kelaman Instagram milik Amyra, pelakon ini turut memuat naik videonya bersama suami sempena hari bahagia mereka.

Selain penampilan cantik Amyra, perkongsian pasangan ini bagaimanapun membuatkan peminat tidak ketinggalan untuk meninggalkan komen mendoakan yang baik-baik buat mereka.

Sumber: Amar Baharin & Amyra Rosli via HCL