BN Menang Besar Raih Majoriti Lebih 15 Ribu Undi, Syed Saddiq Pahit Telan Kekalahan

Lebih daripada 1000 ahli penyokong BN telah berkumpul di tempat pengiraan undi bagi meraikan kemenangan calon MCA, Wee Jeck Seng kira-kira jam 9.15 malam

Penyokong-penyokong mengibarkan bendera BN sambil menyanyikan lagu.

Ketua Wanita MCA Tanjung Piai, Hong Kim Kek, 58 berkata beliau berasa amat gembira kerana kemenangan besar ini menunjukkan maruah orang Cina dipertahankan.

Hong yang juga merupakan Ketua Wanita MCA Tanjung Piai berasa prestasi Jeck Seng selama ini memang tidak boleh dipertikaikan dan ini adalah kemenangan yang sepatutnya dimiliki olehnya.

Walau bagaimanapun, beliau turut berasa emosi harus dikawal bagi mengelakkan perkara yang tidak diingini berlaku.

Pada pukul 9.18 malam SPR mengumumkan secara rasmi kemenangan calon BN Wee Jeck Seng. Keputusan adalah seperti berikut:

BN – 25,466, PH – 10,380, Gerakan – 1,707, Berjasa – 850, Ang Chuan Lock – 380 dan Faridah Aryani Abd Ghaffar – 32

Terdapat 565 undi rosak dan peratusan keluar mengundi sebanyak 74.5 peratus.

BN menang dengan majoriti besar 15,086 undi.

Ini bermakna PH cuma mendapat 26.74 peratus undi manakala BN meraih 65.61 peratus undi daripada keseluruhan undi.

Calon-calon Gerakan, Berjasa dan bebas akan kehilangan wang deposit mereka.

Seseorang calon perlu mendapatkan satu perlapan daripada keseluruhan undi untuk mendapat kembali wang deposit.

Sementara itu, Presiden Bersatu Muyiddin Yassin ketika diminta mengulas berkata akan mengeluarkan kenyataan kemudian.

Calon PH Karmaine Sardini pula berkata reda menerima kekalahan tersebut dan akan membuat analisa bagi meneliti perkara itu.

Syed Saddiq: Kekalahan ini pahit ditelan

Ketua Pemuda PH, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman memohon kemaafan daripada anak muda Malaysia atas kelemahannya berhubung kekalahan calon gabungan itu pada PRK Tanjung Piai.

” Kekalahan ini pahit untuk ditelan.‬ ‪Rakyat sudah bersuara.‬ Suara rakyat, suara keramat.‬

” Saya memohon kemaafan daripada anak muda Malaysia atas kelemahan saya. ‪Kemarahan ini perlu dijawab dengan tindakan.‬ ‪Sekali lagi, minta maaf,” katanya pada suatu hantaran di media sosial.

Sementara itu pada jam 8.30pm, setelah kemenangan hampir dipastikan, seluruh pemimpin BN dan para penyokong yang berkumpul mula berarak ke tempat penjumlahan undi di Dewan Jubli Intan Pontian.

SPR bakal mengumumkan kemenangan Wee Jeck Seng secara rasmi nanti.

Pihak berkuasa menutup sebahagian Jalan Alsagoff bagi memberi laluan kepada kira-kira 500 yang menyertai perarakan itu.

Wee bersama-sama Presiden Umno Ahmad Zahid Hamidi dan bekas perdana menteri Najib Razak berada di barisan depan.

Percikan bunga api serta hon daripada kereta yang lalu di kawasan itu memeriahkan suasana.

Mereka tiba di Dewan Jubli Intan kira-kira 20 minit kemudian.

Apa Kata Anda? Dah Baca Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih.

Sumber : malaysiakini