“Nenek puas duduk rumah…” – Nenek 83 Tahun Ke KLCC Dengan Kain Batik Dan Berkurung Kedah

Selalunya kalau kita nak keluar ke mall atau jalan-jalan mesti pakai cantik-cantik kan.

Tapi tidak bagi seseorang…

Seorang wanità tua berusia 83 tahun sanggup menaiki LRT ke KLCC semata-mata untuk melepaskan rasa bosan bersendirian dirumahnya.

Bercerita mengenai pengalaman itu, wanita yang dikenali sebagai Dzuriasikim Dzulkefli menerusi Facebook berkata pertemuan secara tidak sengaja dengan seorang wanita tua menyebabkan dia terpanggil untuk menulis mengenai nenek ini.

“Wanita ini bahasakan diri dia nenek. Katanya dia adalah keturunan Baba Nyonya. Datang ke KLCC seorang diri kerana nak berjalan”

“Nenek puas duduk rumah… Nenek naik LRT. Ini nenek pakai baju biasa je. Baju orang pakai kat rumah. Baju tak cantik…”, katanya.

Katanya lagi nenek yang berketurunan Baba Nyonya itu kelihatan sangat sopan dan bersih melihat kepada pakaian dan penjagaan dirinya yang rapi.

Cerita nenek ini sebenarnya bukan sahaja mengenai penampilan dirinya yang berkurung Kedah dan berkain batik, malah lebih terarah mengenai nasihatnya kepada Dzuriasikim – mendapat perkongsian di Facebook.

Nenek yang tidak diketahui namanya sempat memberi pesanan supaya tidak melupakan tanggungjawab sebagai seorang isteri, suami dan anak terhadap ibubapa.

Difahamkan wanita berkenaan menetap di Taman Medan, Petaling Jaya – menurut maklumat yang diperolehi netizen.

“Sekarang ni dah teruk. Ada isteri ada boyfriend lain. Tak jaga suami. Ada suami, ada perempuan lain. Tak jaga isteri. Masa muda semua tak ingat tua. Nanti bila dah tua baru mereka ingat apa mereka buat… Adik tak kahwin pun tak apa dik…”, akhirinya.

Sumber : Lobak Merah

Continue ReadingUS
Advertisement