Saya Masih Ingat Terlalu Benciikan Awak..Ini Ucapan Raysha Buat Nelydia

Berkongsi sekeping foto ketika zaman kanak-kanak, Raysha Rizrose menitipkan ucapan ‘manis’ buat kakak tirinya, Nelydia Senrose yang meraikan ulangtahun ke-25 hari ini.

Tulis Dewi Remaja 2014/2015 ini, dia masih teringat bagaimana Nelydia melayannya sewaktu sekolah rendah. Ketika dia pengsan, Nelydia bawa sebotol air dan berpesan hanya boleh minum dua teguk.

Untuk muusuh karib sepanjang hidup, saya masih ingat sangat benciikan awak sewaktu sekolah rendah kerana sewaktu saya pengsan menjalankan aktiviti pengakap, cikgu memanggil awak untuk membantu.

“Awak datang dengan sebotol air dan memberi am4ran bahawa saya hanya boleh minum dua teguk air.

“Keliru tapi ada benarnya, saya tahu awak sanggup berk0rban untuk saya dalam masa yang sama.

“Terima kasih atas kenangan pahit manis yang kita bina sepanjang zaman kanak-kanak. Selamat hari lahir ke-25!” tulisnya.

Terhibur dengan perkongsian pelakon jelita ini, netizen meninggalkan pelbagai reaksi.

Ada juga yang bertanyakan perihal gigi pelakon ini.

Selamat hari lahir Nelydia.

Foto : Instagram Raysha Rizrose via Media Hiburan